Wednesday, June 19, 2013

Harta yang Menyeret ke Neraka


Harta yang Menyeret ke Neraka 
 Penulis: Firdaus Shahidin 
 Terbitan: Must Read 
 Harga: RM18.00 

 Ketahuilah bahawa ramai yang sudah terjerat! Jerat ini bukan main-main, ia menatijahkan azab yang amat pedih. Jika anda lihat jerat tikus itu mampu memutuskan badannya kepada dua bahagian, kesan jerat ini lebih dahsyat lagi! Jerat ini mendatangkan murka dari Tuhan. 

Jerat yang kesannya mampu membuat kita menderita kesakitan. Puncak tertinggi kesan jerat ini adalah bakaran api neraka yang menjulang tinggi, membaham segala yang ada di dalamnya. 

 Perangkap ini sukar dikesan kerana ia tersembunyi di dalam timbunan kekayaan yang menggiurkan. Ibarat tikus yang diumpan keju mahal berwarna keemasan, begitulah kita apabila berhadapan dengan kekayaan. Hingga kita terlupa memerhati bahawa warna keemasan itu hanyalah umpan yang terletak pada jerat yang sangat membinasakan.

No comments:

Post a Comment