Thursday, June 20, 2013

Mata Akal, Mata Hati


Mata Akal, Mata Hati 
Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM25.00 

 Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang ingin memulihkan penglihatan, hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, demi mencapai kesempurnaan dan keselesaan hidup. Namun begitu, bagi saya, selain kita berusaha untuk "celik mata fizikal", kita juga perlu berusaha untuk "celikkan mata hati". Untuk mencelikkan "mata hati", tidak perlu mengeluarkan wang ringgit, kerana kita boleh merawat sendiri hati kita. Dalam diri kita ada seketul daging yang dinamakan hati - jika baik hatinya baiklah peribadinya dan begitulah sebaliknya. Hati bagai telaga, peribahasa Melayu mengatakan; "dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh" 

 Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak tanduk manusia. Banyak orang yang menyalahgunakan mindanya, dengan berfikir perkara-perkara yang negatif - cuak untk bertindak dan beralah sebelum berjuang. Mengikut kajian, apabila kita berfikiran negatif maka, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif menguatkan diri seseorang. Apabila kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, insya Allah perjalanan hidup kita akan jelas.

No comments:

Post a Comment