Tuesday, March 1, 2016

Qut Al-Qulub - Santapan Kalbu Bermu'amalah Dengan Kekasih (Allah)


Qut Al-Qulub - Santapan Kalbu Bermu'amalah Dengan Kekasih (Allah) - 3 Jilid 
 Penulis: Syeikh Abu Talib Al-Makki Muhammad bin Ali bin Athiyyah 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM185.00 

 Kitab 'AI-Qut' ini merupakan kitab tasawwuf dan sebuah tulisan yang padat dengan petua dan nasihat kehidupan. Bicara ilmunya dimulakan tentang hati dan keikhlasan niat. Seterusnya perbahasan dibuka dengan lebih jauh dan mendalam, membicarakan tentang maqam atau kedudukan mereka yang soleh serta keadaan atau berkenaan orang yang bertakwa, ikhlas dan para ahli ibadah. Intipati bicara tentang hati ialah dengan membuang jauh rasa dengki dan iri hati dari hati yang lemah dan tidak dapat menerima kritikan. Hati yang, lemah juga boleh menyebab keburukan malah mampu menjatuhkan seseorang, ke jurang kehinaan. Lebih kronik lagi, sekiranya hati sebegini mampu mengubah perbahasan atau perbincangan menjadi kebohongan dan sikap melampau. 

`Al-Qut' adalah sebuah khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya. Ini kerana ia adalah salah situ sumber rujukan mempunyai nilai ilmu yang tinggi bagi, seorang muslim. Penjelasan dan pencerahan dihujah serta diulaskan adalah berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah telah memantapkan lagi huraian ilmunya. Semoga mutiara-mutiara ilmu yang tercatat di dalam kitab akan menghiasi kehidupan ibadah dan ketaatan kita kepada Allah Azza wa Jalla.

No comments:

Post a Comment