Monday, June 6, 2016

Ayyuhal Walad: Wahai Anakku Yang Tercinta


Ayyuhal Walad: Wahai Anakku Yang Tercinta 
 Penulis: Imam Al-Ghazali 
 Terbitan: Khazanah Banjariah 
 Harga: RM7.00 

 Kitab Ayyuhal Walad ini ditulis oleh Imam al-Ghazali r.h sebagai jawapan kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliau yang sangat mencintainya. Dalam surat tersebut murid beliau meminta agar Imam al-Ghazali r.h sudi menulis sepucuk surat yang merupakan suatu wasiat yang ditujukan kepadanya secara khusus, walaupun ia yakin bahawa isi kandungan surat tersebut telah termaktub dalam kitab-kitab karya Imam al-Ghazali r.h. Lalu Imam al-Ghazali dengan murah hati menjawab surat muridnya dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya.

Maka telah berhimpunlah dalam nasihat Imam al-Ghazali ini keindahan keikhlasan dan keindahan bahasa. Lalu kalimah yang keluar daripada hati yang ikhlas tadi akan masuk ke dalam lubuk hati pula. Dan benar-benar memeberikan kesan yang ketara sekali dan inilah nilai kebenaran dan nilai keindahan yang sebenar dan inilah nilai sastera yang sebenar iaitu ikhlas, indah, benar dan berkesan.

No comments:

Post a Comment