Sunday, June 26, 2016

Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam


Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam 
 Penulis: Dr Faszly Rahim, Dr Wan Nasyruddin Wan Abdullah, Prof Dr Aminah Abdullah 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM70.00 

 Buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam ini mengupas keajaiban penyembuhan dengan memanfaatkan farmakologi alam. Segala ciptaan Allah SWT mempunyai manfaat yang banyak kepada manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Bagi mencapai natijah optimum daripada sumber makanan yang diambil, Islam mengajar umatnya tentang pemakanan yang baik. Hal ini boleh diertikan sebagai gizi yang halal dan mendatangkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia. 

Dengan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan yang berada disekeliling kita, bukan sahaja dapat kita pelajari tentang kaedah penyembuhan penyakit malah pembaca diharap dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan makanan. 

Mengapakah anda perlu memiliki buku ini: 
- Dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat Al Quran dah hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan makanan 
- Memperkenalkan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan di sekeliling kita 
- Boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian bidang berkaitan 
- Menyediakan panduan kepada pengamal perubatan alternatif 
- Perkongsian maklumat bersama seisi keluarga dan rakan-rakan


Semoga ilmu di dalam buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam ini dapat dikongsi bersama seisi keluarga dan rakan-rakan untuk manfaat bersama. Ia juga boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian dalam bidang berkaitan serta menyediakan panduan kepada para pengamal perubatan alternatif. 

No comments:

Post a Comment