Thursday, March 27, 2014

Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki


Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki 
Penulis: Fathuri Salehuddin 
Harga: RM2.70

101 Keajaiban Dan Keunikan Biodata Rasulullah


101 Keajaiban Dan Keunikan Biodata Rasulullah 
 Penulis: Jaafar Salleh 
Terbitan: PSN Publications 
 Harga: RM33.00 

Keajaiban Nabi Muhammad terpancar melalui akhlaknya. Akhlaknya ialah al-Quran. 
Rasulullah SAW ialah manusia ciptaan Allah SWT yang paling istimewa. marilah kita menyelami kehebatan dan keagungan junjungan kita dan menerapkan sunnahnya dalam kehidupan harian sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

Tuesday, March 18, 2014

Ustaz, Tolong Saya! Soal Jawab Sensasi Masyarakat Masa Kini


Ustaz, Tolong Saya! Soal Jawab Sensasi Masyarakat Masa Kini 
 Penulis: Ustaz Love 
 Terbitan: PTS Harga: RM23.00 

 Buku Ustaz, Tolong Saya! mengupas berkenaan soal jawab sensasi masyarakat pada masa kini.

99 Rahmat Ditahan di Sisi-Nya


99 Rahmat Ditahan di Sisi-Nya 
 Penulis: Abu Marwan 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM17.00 

 Tidak ada seorang manusia pun yang tidak mendapat belas kasih daripada Allah. Banyak ayat-ayat al-Quran menghuraikan tentang rahmat dan kasih sayang Allah. Sama ada yang ditaburkan kepada umat manusia, mahupun untuk alam semesta. Al-Quran juga menjelaskan berbagai jalan yang perlu ditempuh untuk mencapai rahmat Allah dalam kehidupan di dunia ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kehidupan damai sejahtera di dunia dan keuntungan serta kebahagiaan abadi di akhirat. 

 Rahmat Allah meliput setiap gerak alam dan seluruh dimensi kehidupan insan. Apa sahaja yang terjadi dan dilakukan oleh manusia adalah kerana berkat dan rahmat Allah Azzawajalla. Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya sentiasa hidup selaras dengan syariat Allah dan sunnahnya supaya kita beroleh rahmat dan kasih sayang Allah. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa sifat kasih sayang Allah melebihi sifat marah-Nya. Oleh itu Rasulullah sentiasa melarang umatnya daripada bersifat putus asa dengan rahmat Allah.

Thursday, March 13, 2014

Halalkah Makanan Kita?


Halalkah Makanan Kita? 
 Penulis: Dr. Saadan Man, Zainal Abidin Yahya 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Buku Halalkah Makanan Kita? mengupas konsep halal dan haram dalam pemakanan daripada aspek agama, kesihatan, dan undang-undang. Halalkah Makanan Kita? juga menghidangkan kepada pembaca tentang kaedah pemilihan makanan yang betul. Halalan Toyyiban adalah pilihan kita semua.

Kandil di Kaki Gunung


Kandil di Kaki Gunung 
 Penulis: Roza Roslan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM50.00 

 Roza menyingkap dan mentafsirkan makna kehidupan yang dilaluinya daripada sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini supaya memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi. Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul. Mungkinkah kita lebih banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh emosi melulu dan bukan akal sihat sesuai dengan ajaran Allah. - Dr. Jeniri Amir, penulis dan pensyarah UNIMAS

Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati


Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati 
 Penulis: Hilal Asyraf, Aiman Azlan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM23.00 

 Buku motivasi yang bertajuk Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati adalah sebuah buku gabungan Hilal Asyraf dan Aiman Azlan. Mereka berdua berkongsi pelbagai isu yang mencuit daripada pelbagai topik yang menjalar dalam kehidupan kita, dengan harapan supaya di celah-celah penyampaian buku ini, dapat kita mengenali diri sendiri. Identiti kita yang sebenar adalah kita merupakan hamba Allah s.w.t. Itu identiti kita. Segala pergantungan kita adalah kepada-Nya, segala tindak-tanduk, dan perlakuan kita adalah kerana-Nya.

Fiqh Hiburan dan Rekreasi


Fiqh Hiburan dan Rekreasi 
 Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Fiqh Hiburan dan Rekreasi adalah satu lagi buku siri pemikiran karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini membincangkan dengan lebih terperinci perkara berkaitan hiburan dan rekreasi seperti: 

- Batasan syarak berkenaan ketawa dan jenaka 
- Hukum berhibur dengan tarian dan tepukan 
- Hukum berhibur dengan drama dan filem 
- Jenis sukan yang dilarang dalam Islam 
- Pendirian Islam berkenaan aktiviti bersukan 
- Hukum senaman yoga 
- Hukum sukan berisiko tinggi seperti mendaki gunung, perlumbaan kereta, pertunjukan sarkas, gusti, dan tinju. 
- Hukum permainan minda seperti daun terup 
- Hukum pertandingan melalui telefon, kupon, dan tiket peraduan

Friday, March 7, 2014

Auratku Maruahku


Auratku Maruahku 
Penyusun: Siti Nur Fatimah Hassan & Mohd. Solleh Ab. Razak 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM26.00 

 Buku “Auratku Maruahku” ini merungkai semua keraguan dan kemusykilan anda. Persembahan kandungan dalam bentuk soal jawab memudahkan pembaca memahami kepentingan syariat ini. Setiap persoalan dijawab berserta huraian, rujukan al-Quran dan hadis, rujukan kitab dan ilustrasi yang menarik. Teks mudah difahami, ringkas dan agak santai. Grafik menarik, berilustrasi dan berwarna penuh. Sesuai dijadikan bacaan usrah, rujukan di perpustakaan, hadiah buat teman dan ahli keluarga.

Step-by-step Solat


Step-by-step Solat 
Penyusun: Fauzi Abd Hamid 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM25.00 

Mengapa membeli buku ini? 
• Memberikan panduan dan tip bagaimana mendirikan solat secara teratur dan sempurna. 
• Penyampaian yang mudah dan jelas berserta sisipan fotografi dan ilustrasi yang menarik. 
• Penjelasan teori serta praktikal panduan mengerjakan ibadat khusus. 
• Praktikal untuk dipelajari di rumah dan sekolah. Sesuai menjadi bahan bantuan pengajaran. 
• Info dan cara beribadat yang diterangkan jelas dan terperinci

Thursday, March 6, 2014

Kenali Rasul Kita Muhammad SAW


Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
Penyusun: Ahmad Adnan Fadzil 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM89.00 

 Kelebihan buku ini: 
• Gabungan terjemahan, ulasan dan kesimpulan berkenaan riwayat hidup kekasih Allah supaya pembaca memahami keperibadian dan cara hidup Baginda dengan tepat dan menyeluruh sebagaimana tujuan Imam at-Tirmizi menulis kitab asy-Syamail. 
• Terjemahan lengkap berbahasa Melayu disertai ulasan yang dapat membantu pembaca memahami setiap hadis asy-Syamail dengan tepat dan baik. 
• Mempunyai taujihat nabawiyyah yang boleh dijadikan teladan di setiap bab yang pastinya menjadi nilai tambah bagi buku ini. 
• Disertakan foto, gambar rajah dan diagram yang memudahkan pemahaman pembaca. 
• Kisah-kisah menarik daripada hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku ini dapat mendidik jiwa dan memberi inspirasi kepada pengguna. 
• Ekstra! Profil para perawi dan CD kuliah Dr. Hj. Zahazan Mohamed.

Tuesday, March 4, 2014

Al-Asya’irah: Akidah Sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah


Al-Asya’irah: Akidah Sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah 
 Penulis: Syeikh Dr Fouzi al-Anjari, Syeikh Hamdi Sinan al-Masri 
 Terbitan: AlHimna Enterprise 
 Harga: RM40.00 

 Ini adalah buku terjemahan dari kitab arab iaitu ‘Ahlus Sunnati al-Asya’irah’. Buku ini amat baik dan merupakan sebagai penambah ilmu kerana ia memberi penjelasan tentang akidah sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Demi Masa


Demi Masa 
 Penulis: Abu Hassan Morad 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM19.50 

 Demi Masa... yang ditulis oleh Abu Hassan Morad ini merupakan luahan rasa hati beliau terhadap masyarakat hari ini, berkisar terutamanya tentang nasib orang Melayu Islam di negara ini. Sebagai seorang anak peneroka yang dibesarkan dalam suasana penuh mencabar, yang kemudiannya menjadi seorang guru, penulis, pengarah dan beberapa lagi amanah lain yang terpikul di bahunya, beliau melihat dan merasa sendiri realiti kehidupan masyarakat yang tidak seimbang, kucar-kacir, tidak terurus, tertindas dan sebagainya, yang disebabkan oleh sifat tamak, tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, tidak prihatin, lemah, penakut, ego dan lain-lain, sebagai akibat daripada kegagalan melaksanakan tugas yang diamanahkan terhadap diri masing-masing. Dalam catatannya, beliau menyeru anak bangsanya agar berubah, kembali menghayati ajaran Islam yang indah, mengambil iktibar terhadap apa jua kejadian dan mencungkil hikmah terhadap setiap perkara yang berlaku di bawah bumbung dunia globalisasi dunia hari ini.

Monday, March 3, 2014

Berfikir Gaya Al-Fateh


Berfikir Gaya Al-Fateh 
 Penulis: Muhammad Syaari Abdul Rahman 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM35.00 

 Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menewaskan tentera salib mengagumkan bukan sahaja kawan, malah lawan. Kepimpinan dan taktik peperangannya yang hebat menjadi pencetus kepada penghasilan Berfikir Gaya Al-Fateh. 

 Antara input penting yang dikaji oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman menjawab persoalan berikut: 
- Apakah strategi kemenangan Islam dalam Peristiwa 1453? dan strategi kemenangan Islam 
- Bagaimanakah hebatnya karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, ataupun dikenali sebagai Sultan Muhammad II? 
- Apakah 'kuasa mental' dan 'kekuatan minda' sebenar Al-Fateh? 
- Benarkah Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib dan sunat sejak baginda akil baligh? 
- Benarkah pembukaan Konstantinopel hanya akan berlaku pada akhir zaman? 
- Bagaimanakah Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh kedua-dua ibu dan bapanya?

Tuesday, February 25, 2014

Memoar Sultan Abdul Hamid II


Memoar Sultan Abdul Hamid II 
 Penulis: Dr. Muhammad Harb 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM48.00 

 Sultan Abdul Hamid II adalah pemimpin Kesultanan Daulah Utsmaniyah (Ottoman) yang cukup dikenal dalam sejarah. Ia bisa disebut sebagai benteng terakhir pemerintahan Daulah Utsmaniyah. Kisah yang cukup terkenal dalam perjalanan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II adalah ketika ia menolak permintaan tokoh pendiri negara Zionis Israel, Theodore Hertzl, agar sultan memberikan sebagian wilayah kekuasaannya di Palestina untuk bangsa Yahudi. Permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdul Hamid II, sehingga membuat marah bangsa Yahudi. 

 Karena ketegasannya itu pula, musuh-musuh Islam tak henti-hentinya merongrong kekuasaan Sultan Abdul Hamid II. Pada masa pemerintahannya, ia harus berhadapan dengan manuver politik orang-orang Yahudi Dunamah yang ingin mendongkel kekuasaanya. Ia juga terus digoyang oleh para aktivis organisasi rahasia Freemasonry, yang menyusup dalam barisan pemuda revolusioner liberal dan menamakan diri mereka “Gerakan Turki Muda” (Young Turks Movement). Kelompok Freemasonry yang terus berusaha menjegal kepemimpinan Sultan Abdul Hamid II juga tergabung dalam organisasi “Al-Ittihad wa At-Taraqqi/ Ittihad ve Terakki” (Organisasi Persatuan dan Kemajuan) 

 Sultan Abdul Hamid II memerintah di tengah kepungan kelompok Yahudi, anggota-anggota Freemason, dan aktivis liberal-sekular. Mereka berusaha melengserkannya dengan berbagai cara, sehingga Turki dengan peradaban Islam-nya kemudian runtuh dan menjadi negara yang sangat sekular. Sejarah dalam buku ini layak untuk dijadikan pelajaran bagi kita semua.

Cerita Cinta Ahmad Ammar


Cerita Cinta Ahmad Ammar 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM23.00 

 Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik. 

Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.

Sunday, February 23, 2014

Dahsyatnya Doa Anak


Dahsyatnya Doa Anak 
 Penulis: Ustaz Adam Cholil 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM16.00 

 Anak soleh adalah harta yang tidak terhingga nilainya kepada setiap keluarga. Doa yang dimohon oleh anak itu, umpama cahaya yang dapat menerangi kegelapan kubur,berserta haruman yang menjadi penenang dan peneman kubur kedua-dua orang tuanya.

Misteri Bahtera Nabi Nuh


Misteri Bahtera Nabi Nuh 
 Penulis: Ahmad Iqram Mohamad Noor 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00 

 Misteri Nabi Nuh membongkor kisah agung seorang rasul yang menjadi sebutan pelbagai agama, sejarah, dan sains berpandukan Al-Quran, hadith, Bible, dan Veda. Buku ini membuktikan kebenaran Al-Quran terhadap fenomena banjir dahsyat yang pernah melanda suatu ketika dahulu.

Tuesday, February 18, 2014

Al-Quran Al-Karim Al-Haramain


Al-Quran Al-Karim Al-Haramain 
 Saiz: A5 (separuh A4) 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM35.00 

 Didatangkan dalam 4 warna, al-Quran al-Karim ini sistematik mengikut tema, daripada sumber yang sahih merujuk metode penafsira para ulama’ yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma’sur). Diharapkan menjadi solusi terbaik memahami tata cara ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani. Lebih istimewa, mushaf ini dilengkapi panduan ilmu tajwid berwarna penuh. Mushaf Resam Uthmani terjemahan bahasa Melayu secara sistematik ini pilhan terbaik dijadikan panduan hidup. 

 Warna: Merah, Hitam, Hijau, Biru


Friday, February 14, 2014

Fatwa Palestin: Soal Jawab Berkenaan Isu Pergolakan di Palestin


Fatwa Palestin: Soal Jawab Berkenaan Isu Pergolakan di Palestin 
 Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM16.00 

 Melalui buku Fatwa Palestin, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan serta hukum berkaitan isu-isu yang berlaku di bumi Palestin, berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith. Buku ini membincangkan persoalan dan menjelaskan hukum seperti berikut: 

- Adakah rakyat Palestin boleh menyerah kalah daripada mempertahankan bumi Palestin? 
- Apa hukumnya menziarahi Masjid Al-Aqsa yang dikuasai oleh Yahudi? 
- Syahidkah pengebom berani mati? 
- Adakah wanita boleh melibatkan diri dalam peperangan? 
- Apakah hukum isteri meminta talak daripada suami yang dipenjarakan? 
- Apakah hukum tawanan yang mogok lapar? 
- Hukum perjanjian damai dengan Israel 
- Hukum menggadai bumi Palestin dan menerima ganti rugi daripada hasil jualan itu 
- Hukum wanita membuka aurat dalam keadaan terpaksa 
- Hukum membocorkan rahsia

Atlas Rasulullah s.a.w.


Atlas Rasulullah s.a.w. 
 Penulis: Sami bin Abdullah Al-Maghluts 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM85.00 

 Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan: 

- Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. 
- Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul
- Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah 
- Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah 
- Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi 
- Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w. 
- Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi 
- Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin 
- Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain 
- Piagam Madinah yang Tersohor 
- Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq 
- Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam 
- Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat 
- Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin 
- Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy

Wednesday, February 12, 2014

Mastika Hadith Rasulullah SAW: Muqaddimah & Jilid 1 (Versi Rumi)


Mastika Hadith Rasulullah SAW: Muqaddimah & Jilid 1 (Versi Rumi)  
 Terbitan: JAKIM 
 Harga: RM30.00 

 Muqaddimah Mastika Hadith Rasulullah SAW merupakan intisari daripada kandungan ketiga-tiga jilid Mastika Hadith iaitu jilid satu berkaitan aman, jilid dua berkaitan hukum syarak, jilid tiga berkaitan puasa, zakat, sedekah dan khairat. "Mastika Hadith Jilid 1" berkaitan hadith-hadith Rasulullah SAW sebanyak 143 hadith dengan makna dan huraian serta 40 hadith lagi. Tiap-tiap pula diterangkan darjatnya sama ada sahih atau hasan. Walau bagaimanapun, pengarang tetap menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai dalil-dalil yang asasi dan sumber hukum yang utama.

Ar-Ruh: Hidup Selepas Mati


Ar-Ruh: Hidup Selepas Mati 
 Penulis: Ibnu Qayyim al-Jauziah 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini membahaskan mengenai hukum-hukum dan ciri-ciri roh, membincangkan berbagai-bagai pertanyaan dan persoalan serta mengemukakan pelbagai pendapat dalam setiap persoalan. Juga turut dikemukan pandangan bagi menguatkan atau mengukuhkan lagi sesuatu pendapat (tarjih) atau menganggap sesuatu pendapat (an-naqs) itu lemah bersandarkan pada manhaj salafnya yang terkenal dalam mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran mahupun as-Sunnah. 

 Allah telah memberikan taufik untuk meneliti kembali berbagai-bagai persoalan, mentakhrij hujah-hujahnya serta menjelaskan perkara-perkara yang masih samar supaya dapat dipersembahkan kepada para pembaca di seluruh dunia Islam dalam format yang lebih menarik.

Sumbangan PAS Dalam Bidang Pendidikan Di Malaysia (1951-2004)


Sumbangan PAS Dalam Bidang Pendidikan Di Malaysia (1951-2004) 
Penulis: Dr. Riduan Mohamad Nor 
 Terbitan: Jundi Resources 
 Harga: RM35.00 

 Pendidikan merupakan wacana yang penting dalam membina peradaban dan ketamadunan sesebuah negara. Semenjak zaman penjajahan Barat lagi, Malaysia telah mengalami transformasi pendidikan sehangga mewajahkan negara sebagaimana yang ada pada hari ini. Latar belakang pendidikan di Malaysia begitu unik dengan kepelbagaian kaum dan agama. PAS sebagai sebuah parti politik turut menyumbang dalam perkembangan pendidikan di tanahair ini. Meskipun terdapat sorotan kajian yang menyentuh secara umum peranan PAS dalam kemajuan dan perkembangan pendidikan di Malaysia, belum ada kajian secara sistematis dan berfokus mengenainya. 

 Secara keseluruhan kajian ini telah menghasilkan satu dokumentasi sejarah yang komprehensif terhadap peranan dan sumbangan PAS dalam pertumbuhan dan perkembangan pendidikan dalam negara ini sejak ia ditubuhkan lima puluh tahun yang lalu.

Monday, February 10, 2014

The Power Of Akhlak


The Power Of Akhlak 
 Penulis: Amru Khalid 
 Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM15.00 

Buku ini memaparkan variasi keagungan akhlak Islam dalam bentuk yang mudah, semata-mata didorong oleh kepentingan membina keperibadian seseorang yang sesuai dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Buku ini juga dapat memberikan rangsangan agar seseorang selalu komited dengan perwatakan akhlak Islam serta menghuraikan kepentingan dari setiap jenis akhlak tersebut.