Friday, January 8, 2010

Iman & Harakah - Pengajaran Hadis Ghulam, Ahli Sihir Dan Rahib

Iman & Harakah - Pengajaran Hadis Ghulam, Ahli Sihir Dan Rahib
Penulis: Hisyam Soqr
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM12.00

Cara saya menulis buku ini:

1. Menyalin hadis yang diriwayatkan oleh ulama hadis berdasarkan Sahih Muslim, Sunan Tarmizi dan Musnad Imam Ahmad. Selepas itu saya merujuk huraian Imam Nawawi terhadap hadis riwayat Muslim.

2. Memastikan betul apa yang disandarkan kepada para ulama mengenai perkara yang saya anggap penting dalam menghuraikan hadis ini.

3. Hadis riwayat Muslim merupakan asas dalam menghuraikan hadis ini. Selepas itu saya menyebut perselisihan atau penambahan dalam meriwayatkan hadis ini yang terdapat dalam riwayat lain pada setiap petikan hadis. Saya juga menyebut kesan langsung perselisihan atau penambahan tersebut dan melakukan komentar terhadapnya.

4. Saya juga menyebut makna dari segi bahasa bagi kalimah-kalimah yang susah difahami di samping menyebut rujukannya. Begitu juga dengan hukum-hukum fikh dan pendapat ulama ketika mereka menghuraikan hadis ini. Semua ini disebut pada setiap petikan hadis.

5. Dalam menghuraikan hadis ini, setiap petikan hadis saya bahagikannya kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi matan hadis, makna kalimah. Pengajaran dan kajian secara langsung yang jelas dapat dilihat melalui nas hadis serta komentar terhadapnya. Bahagian kedua pula di bawah tajuk Pengajaran Di Sudut Dakwah mengandungi pengajaran dan kajian secara tidak langsung yang terdapat di dalam nas hadis, ataupun cuba membawa sesuatu yang baru dan memperluaskan skopnya dalam membincangkan perkara-perkara yang telah disebutkan di bahagian pertama, ataupun komentar terhadap masalah-masalah penting yang ada hubungan dengan tajuk yang diperbincangkan.

6. Di akhir perbincangan, saya iringi dengan satu tajuk kecil "Setiap Orang Mempunyai Peranannya" untuk menjelaskan persoalan tugas dan pembahagiannya dalam amal Islami. Kemudian saya menyebut rujukan dan kandungan buku.

- Penulis -

No comments:

Post a Comment

Post a Comment