Saturday, January 23, 2010

Sistem-Sistem Islam: Satu Analisis Perbandingan

Sistem-Sistem Islam: Satu Analisis Perbandingan
Penulis: Abu 'Urwah
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM10.50

Buku ini merupakan kajian berkenaan sistem-sistem Islam. Perlu diingatkan bahawa kajian tentang Islam dari segi sistem-sistemnya ini hanyalah sebagai satu pendekatan untuk memudahkan pembaca melihat pelbagai sudut Islam. Ia tidak bertujuan untuk membahagi-bahagikan Islam kepada juzuk-juzuk tertentu secara terpisah-pisah. Ini kerana Islam adalah satu sistem iktiqad yang bersandarkan tauhidullah di mana daripadanya terbit segala konsep dan asas yang utama. Sifat, konsep-konsep dan asas-asas Islam yang berhubung jalin di antara satu sama lain inilah yang telah membolehkan umat Islam beramal dan menghayati seluruh ajarannya.

KANDUNGAN
  • Sistem Kerohanian Dalam Islam
  • Sistem Akhlak Dalam Islam
  • Sistem Sosial Dalam Islam
  • Sistem Ekonomi Dalam Islam
  • Sistem Politik Dalam Islam
  • Sistem Hukuman Jenayah Dalam Islam
  • Sistem Pengadilan Dalam Islam
  • Sistem Pentadbiran Dan Pengurusan Dalam Islam

No comments:

Post a Comment