Thursday, January 7, 2010

Pengantar Ilmu Mantik

Pengantar Ilmu Mantik
Penulis: Ab. Latif Bin Muda & Rosmawati Binti Ali @ Mat Zin
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM20.00

Apabila diteliti tentang konsep keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah akal pemikiran. Berpandukan akal, manusia dapat mencari ilmu serta memandu mereka ke arah yang baik dan menilai mana yang benar dengan yang salah. Kesesatan dan kemusnahan manusia juga disebabkan mereka tidak menggunakan akal untuk tujuan yang baik. Lantaran itu akal yang bersifat positif jika diarah untuk kebaikan, menjadikan seseorang itu mulia, sekiranya pula diarahkan untuk tujuan kemaksiatan dan kejahatan, menyebabkan manusia itu binasa dan hina.

Al-Qur'an menyebut banyak kali berkaitan dengan akal dan Allah menyatakan tentang bukti-bukti kekuasaanNya untuk manusia memikirkan dengan menggunakan akal untuk mengkaji, mencari ilmu dan mengukuhkan keimanan kepadaNya.

Buku ini disusun khas untuk panduan pencinta ilmu dan dalam menangani kekurangan sumber dan kekurangan buku rujukan dalam bidang Mantiq khasnya dan bagi para pelajar yang menghadapi peperiksaan di peringkat Sekolah Tinggi dan Universiti. Melalui buku ini, penulis membuat susunan yang lengkap, kemas, tersusun dan olahan bahasa yang mudah difahami berserta contoh semasa.

Buku ini mengandungi perbincangan mengenai Mantiq Qadim dan Hadith yang disusun di dalam bahagian-bahagian yang berasingan.

No comments:

Post a Comment