Wednesday, January 6, 2010

Perkara Aneh & Ganjil Di Dunia

Perkara Aneh & Ganjil Di Dunia
Penyusun: Jaafar Al-Siddiq
Penerbit: Pustaka Azhar
Harga: RM18.00

Sejak akhir-akhir ini, dunia dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang bertentangan dengan norma-norma akal manusia yang disifatkan sebagai "ajaib tapi benar", meskipun perkara-perkara ajaib itu diluar pemikiran manusia namun ianya lebih memperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T. ke atas kehidupan manusia yang membanggakan teknologi dewasa ini.

Buku ini memuatkan sebilangan besar kejadian ajaib itu melampirkan bukti-bukti yang nyata dan tidak dapat dinafikan malah dibenarkan pula oleh firman Allah S.W.T. dan keterangan hadis Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya apa yang dipaparkan di dalam buku ini merupakan koleksi peristiwa ajaib yang berlaku sepanjang sejarah hidup manusia. Yang semestinya kita mengambil pengajaran dari apa yang terjadi bahawa betapa Allah S.W.T. berkuasa ke atas setiap penciptaanNya. Semoga para pembaca menjadikannya sebagai renungan dan muhasabah diri dalam menempuh perjalanan hidup yang mencabar iman dan tauhid kepada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment