Monday, April 1, 2013

Dinar Emas dan Dirham Perak - Islam dan Masa Depan Wang


Dinar Emas dan Dirham Perak - Islam dan Masa Depan Wang 
Penulis: Syeikh Imran N. Hosein 
 Harga: RM15.00 

 Dinar ialah koin yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ialah koin yang ditempa dari bahan logam perak. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan ‘Denarius’ iaitu koin emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan ‘Dirham’ pula berasal dari perkataan ‘Drachma’ iaitu koin matawang perak Parsi. 

 Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW; koin-koin emas dan perak yang digunakan di seluruh Semenanjung Arab adalah berasal dari Empayar Byzantine dan Empayar Sasanid. Malah koin-koin emas Dinar & Dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW pada tahun 632 M berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a sehinggalah kezaman Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan (685-705M) tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh Kerajaan Islam. Pada tahun 75H terjadi suatu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan r.a. demi mempertahankan keunggulan kerajaan Berkhalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar & Dirham Kerajaan Islam yang pertama. 

 Ini bermakna bahawa koin-koin emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang yang universal tanpa mengira Negara yang menempanya. Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan Negara kerana semua menerima dan mengunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau negara.

No comments:

Post a Comment