Saturday, April 6, 2013

Khairuddin Barbarossa: Admiral Islam Yang Digeruni Angkatan Laut Eropah


Khairuddin Barbarossa: Admiral Islam Yang Digeruni Angkatan Laut Eropah 
Penulis: Shafie Abd. Rahman 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM25.00 

 Sesetengah pengkaji sejarah cenderung mengatakan bahawa filem “Pirates of Carribean” ada kaitannya dengan seorang pahlawan islam abad ke-16 bernama Khairuddin Barbarossa. Walau bagaimanapun filem tersebut telah di ubah suai daripada kisah sebenar Khairuddin Barbossa yang menjadi igauan ngeri kepada tentera laut Kristian pada ketika itu. 

Khairuddin Barbarossa di gelar sebagai “Lanun berjanggut Merah” oleh tentera laut Kristian untuk menenggelamkan watak sebenar beliau sebagai pahlawan islam yang tiada tolok bandingnya. Usaha ini dapat dikesan hanyalah untuk mengelakkan generasi umat islam mengetahui jasa dan keperwiraan beliau dengan berhadapan dengan angkatan laut beberapa negara kristian Eropah. Namun hakikat sejarah tidak boleh menipu. 

Nama Khairuddin Barbarossa begitu harum sebagai “Hero” yang telah menyelamatkan berpuluh-puluh ribu umat islam di Andalusia (sepanyol) yang terpaksa melarikan diri untuk meyelamatkan iman akibat kejatuhan kerajaan islam terakhir di Andalusia ke tangan Raja-raja Kristian yang zalim. Khairuddin Barbarossa telah mengukir kejayaan manis dalam perjuangannya di laut apabila telah menewaskan Armada tentera Laut Salib yang digerakkan oleh Pope Paul III pada tahun 1538. 

 Buku ini merakamkan rantaian perjalanan hidup Khairuddin Barbarossa yang telah mengorbankan seluruh jiwa raganya demi islam dan meraih kedudukan yang tertinggi di sisi Allah di akhirat.

No comments:

Post a Comment