Sunday, April 6, 2014

Emergency Taubat: Mengapa dan Bagaimana?


Emergency Taubat: Mengapa dan Bagaimana? 
 Penulis: Muhammad Ramzi Omar 
Terbitan: PSN Publications 
 Harga: RM35.00 

 Kesedaran tentang nilai taubat perlu dibangkitkan dan digerakkan supaya taubat dapat direalisasikan secara praktical dalam ilmu, amal dan penyelesaian. Manusia tidak terlepas daripada pelbagai ujian, musuhnya tidak mati dan tabiat dirinya tidak berubah. Perhiasan dunia yang disukai dan perkara-perkara yang tidak disukai tidak akan luput. 

 Setiap manusia memiliki syahwat dan akal. Adakalanya ia ditewaskan oleh nafsu, adakalanya ia tidak dapat memahami hakikat,adakalanya ia lemah apabila berhadapan dengan syahwat lalu ia tergelincir. Jika ia terus disisihkan daripada kategori manusia beriman apabila melakukan kesalahan maka semua manusia akan binasa. Walau bagaimanapun suatu rahmat Allah SWT yang besar untuk kita seandainya tersilap maka Allah SWT tetap membuka pintu TAUBAT.

No comments:

Post a Comment