Tuesday, April 1, 2014

Perindu Pelangi


Perindu Pelangi 
Penulis: Siti Munirah A. Rashid 
Terbitan: Galeri Ilmu 
Harga: RM19.00 

 Usia Akil masih terlalu mentah untuk menanggung musibah sebegitu berat. Mujurlah ada tangan yang simpati, lalu dia dibawa pergi – meninggalkan sepi pusara bonda dan tanda tanya tentang siapa ayahnya. Belasan tahun Akil menikmati warna-warna kehidupan yang ceria di Guangzhou, China. Namun segalanya berubah selepas perkenalannya dengan Isador, angkasawan misteri yang mencari kebenaran. 

 Konflik dengan Ho Man, kemelut hubungannya dengan Xiao Wei dan peristiwa tragik sewaktu kepulangan singkatnya ke Malaysia . . . semua itu seakan petanda Allah menarik balik satu demi satu nikmat daripadanya. Apakah dia akan terus merindui pelangi? Atau mungkinkah ada anugerah tersimpan untuknya di ufuk nan kelam?

No comments:

Post a Comment