Friday, June 12, 2015

Kitab Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah


Kitab Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah 
Karya: Sheikh Daud Abdullah Al-Fathoni 
Penterjemah: Abdul Ghani Jabal Maraqy 
Penerbit: Jabal Maraqy 
Harga: RM12.00 

 Kitab Munyatul Musolli begitu popular di kalangan penuntut pusat-pusat pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak kira-kira hampir dua ratus tahun yang lalu. Kini, nama kitab ini masih segar dalam ingatan masyarakat dan ia masih amat baik untuk dipelajari dan ditatapi oleh para pelajar dan orang awam, terutama mereka yang baru hendak mengenali hal-hal yang berkaitan dengan sembahyang. 

Ia mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan sembahyang berjama'ah, sembahyang Juma'at, hukum meninggalkan sembahyang, kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungannya dan di bahagian akhir kitab ini pula dihidangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah muafiq dan masbuq. 

Versi ini diharap dapat memudahkan para pelajar dan orang awam memahami kandungannya dengan baik, cepat dan berkesan serta mudah menatapinya ketika bersendirian.

5 comments: