Sunday, September 28, 2014

Kekeliruan Umat: Inilah Jawapannya


Kekeliruan Umat: Inilah Jawapannya 
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini adalah himpunan 65 persoalan dan jawapan popular tentang perkara khilafiah yang sering diperdebatkan oleh masyarakat sehingga menimbulkan kekeliruan dalam memahaminya. Dihurai dalam bentuk soal jawab ringkas dan padat untuk lebih mudah difahami dan dihafal berserta dalil-dalil al-Quran, hadis dan juga pendapat ulama yang muktabar. Sesuai dibaca oleh para penuntut ilmu dan masyarakat awam.

Nota dari Madinah


Nota dari Madinah 
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim & Roza Roslan 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM30.00 

 Haji dan umrah, ramai melihat ibadat ini sebagai anugerah Allah melalui jemputan istimewa. Ia merupakan suatu nikmat yang luar biasa. Secara hakikatnya, nikmat menunaikan umrah atau ziarah serta berada di Makkah dan Madinah tidak semestinya diikuti dengan nikmat beramal ibadat yang sepatutnya. Kesempurnaan dalam melaksanakan ibadat ini bukanlah satu perkara mudah. Ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Malah ilmu memainkan peranan besar. Nota dari Madinah merupakan satu sumber rujukan terbaik agar khalayak dapat melihat ibadat ini dalam kerangka besar mengatasi rukun dan wajib semata-mata. Ia melibatkan roh dan perasaan. 

 Buku ini secara telus mengajak khalayak berfikir dan merenung lalu membuat keputusan sama ada untuk memperkemaskan tekad untuk umrah dan haji atau membanding semula semua amalan yang dilakukan.

Saturday, September 27, 2014

101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok: Penyembuh & Perisai


101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok: Penyembuh & Perisai 
 Penulis: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari 
 Terbitan: PSN Publishers 
 Harga: RM32.00 

 Buku 101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok : Penyembuh & Perisai mengajak pembaca untuk membaca amalan dan khasiat daripada ayat-ayat tertentu dalam al-quran yang telah teruji keberkesanannya oleh orang soleh pada zaman dahulu dan sangat bermanfaat untuk Mukmin pada masa sekarang. 

 Antara kandungan himpunan buku ini ialah Ruqyah Syar'iyyah ( Jampi Secara Syarii). Ayat Ruqyah ialah himpunan ayat al-quran yang digunakan dalam tujuan perubatan yang dibacakan kepada orang yang terkena sihir atau gangguan jin dan merupakan salah satu daripada himpunan ayat suci al-quran untuk penawar dan menghalau jin.

Doa Pengasih: Doa & Amalan Kebahagiaan Suami Isteri


Doa Pengasih: Doa & Amalan Kebahagiaan Suami Isteri 
Penulis: Dr. Hj. Zahazan Mohamed 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM12.00 

 Buku ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap masa hubungan sesama suami isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan. 

 Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, tempat kediaman dilindungi, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. 

 Bagi setiap doa, diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.

Thursday, September 25, 2014

Tinta 2 Asyraf


Tinta 2 Asyraf 
 Penulis: Hilal Asyraf, Imam Muda Asyraf 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00

Wednesday, September 24, 2014

Puncak Kebahagiaan Dan Keberuntungan yang Cemerlang


Puncak Kebahagiaan Dan Keberuntungan yang Cemerlang 
Penulis: Al-Abdu Al-Fani Muhammad Bin Isma’il Daud Al-Fathani 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM16.00 

 Kitab hasil karangan Al-Abdu Al-Fani Muhammad Bin Isma’il Daud Al-Fathani mengulas tentang rukun Iman dan Islam. Juga menghuraikan beberapa hadith yang memberi amaran kepada mereka yang meninggalkan sembahyang dan melalaikan segala hukum bersuci, istinjak, berwudu', mandi junub, mandi haid dan nifas. Menerangkan tentang mandi yang sunat dan hukum tayammum dan menyatakan haid dan nifas dan istihadah. Dan menjelaskan berkenaan menghilangkan najis. 

Menyatakan juga segala syarat sembahyang dan segala rukunnya dan segala perkara yang membatalkan sembahyang dan sujud sahwi dan menyatakan segala sembahyang sunat dan sembahyang berjemaah dan sembahyang qasar dan jama' dan sembahyang Jumaat dan segala sahnya dan sembahyang hari raya dan sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan dan sembahyang mayat dan menyatakan segala doa kemudian daripada sembahyang dan lainnya yang warid daripada Nabi Sallallahu `alaihi wasallam dan sahabatnya dan orang yang soleh-soleh yang dahulu-dahulu dan doa Hifzi Al-Iman dan beberapa faedah yang amat besar kelebihannya.

Tuesday, September 16, 2014

70 Selawat Terbaik: Khasiat & Cara Mengamalkannya


70 Selawat Terbaik: Khasiat & Cara Mengamalkannya 
Terbitan: PSN Publishers 
 Harga: RM35.00 

 Berselawat kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW dalam pengertian lebih luas ialah membesarkan, mengagungkan dan mendukung perjuangannya yang mulia; di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakina beramal dengan sunahnya yang diredai Allah SWT. Para malaikat memberi jaminan maising-masing untuk sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah SAW. Semoga dengan ini kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kita menjadi orang kesayangan Allah SWT, Rasulullah SAW dan para malaikat.

Tuesday, September 2, 2014

Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser


Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser 
Penulis: Imam Musbikin 
Terbitan: Alam Raya 
Harga: RM29.00 

 Kepedihan kanser menyentuh banyak orang dengan berbagai cara. Kanser menimpa tua dan muda; yang kaya dan yang miskin; kanser tidak pilih bulu. Kanser bukan sahaja merampas harga diri orang yang menderitanya, menghancurkan tubuh manusia, dan merobek-robek keluarga. Tetapi juga membuat orang yang menderitanya menghargai peristiwa sehari-hari yang kelihatan tidak penting; tenggelamnya matahari, makan malam dengan orang tersayang, berubahnya daun-daun musim gugur. Bagi orang yang hidup dengan kanser, setiap saat itu berharga, setiap nafas kehidupan. 

 Harapan baru muncul bagi orang-orang yang selama ini menderita kanser. Satu kajian menunjukkan bahawa solat tahajud ternyata dapat digunakan sebagai alternatif meningkatkan dan memperbaiki daya tahan tubuh imunisasi dan menghilangkan penyakit kanser. Apabila kita melakukan solat tahajud dengan tepat, maksima dan khusyuk, maka kadar kortisol dan berbagai hormon lain dalam tubuh akan normal. Normalnya sekresi berbagai hormon tubuh melalui jalur hiphotalamic-pituatery-adrenal dapat memperbaiki daya tahan tubuh. Baiknya sistem daya tahan tubuh tidak hanya dapat menghindarkan serangan penyakit, tetapi juga menyembuhkan berbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser.

Sunday, August 31, 2014

Apa Salah Syiah?


Apa Salah Syiah? 
 Penulis: Sabaruddin Hussein, Mohd Fakhruddin Hj. Tajuddin 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM16.00 

 Buku ini tampil dengan menjelaskan segala kekeliruan yang sering bermain di fikiran masyarakat. Buku ini sarat dengan bukti dan fakta, mendedahkan segala kesesatan dan penipuan golongan ektremis ini. Mahu tahu apa salah Syiah? Ayuh! Usah berfikir panjang lagi!

Menjawab Islam Liberal


Menjawab Islam Liberal 
 Penulis: Ahmad Yumni Abu Bakar, Mohd Fairuz Jamaluddin 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00

Rahsia Tentera Imun


Rahsia Tentera Imun 
 Penulis: Dr. Tauhid Nur Azhar 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Kita kerap tidak menyedari dalam tubuh badan kita ini, Allah wujudkan sepasukan tentera. Tentera luarbiasa yang mempertahankan diri daripada serangan musuh. Itulah tentera imun. Pasukan yang mempertahankan diri daripada serangan demi serangan penyakit. 

 Buku oleh Dr. Tauhid Nur Azhar ini mendedahkan banyak fakta-fakta menarik. Antaranya adalah, wujudnya kaitan antara iman dan imun. Semakin hebat iman, semakin memuncak imun. 

 Buku unik ini membawa kita kepada ilmu-ilmu yang penuh manfaat. Terpenting, kita memahami anugerah yang bergelar kesihatan. Sebuah buku yang menyentuh pelbagai aspek tentera imun, dan dilengkapi dengan gambar-gambar yang memudahkan pemahaman.

Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia


Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia 
 Penulis: Umi Kalthum, Zulkifli Zainal Abidin 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM30.00 

 Sesungguhnya padanya ada tanda kekuasaan-Nya bagi orang yang berfikir. (Surah An-Nahl, ayat 49)  
- Lebah sentiasa mampu kembali ke sarang walaupun selepas ditiup ribut. 
- Semut mengorbankan dirinya demi anak-anaknya yang akan datang. 
- Baju renang yang dibuat daripada teknologi sirip jerung memecahkan rekod dunia. 
- Kerana lalat, CCTV jadi lebih efektif. Lalat buah pula menginspirasikan teknologi robot. 
- Burung Ababil jadi inspirasi jet tanpa pemandu. 
- Kupu-kupu mempunyai teknologi wireless secara semula jadi. 
- Teknologi sirip paus membolehkan prestasi kincir angin meningkat 40 peratus. 

 Haiwan dan tumbuhan cukup ajaib, sehingga mengkajinya akan meningkatkan iman kita.

Tuesday, August 19, 2014

Solat & Selawat


Solat & Selawat 
 Penulis: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid 
 Terbitan: Green Dome Publications 
 Harga: RM30.00

40 Strategi Pendidikan Rasulullah


40 Strategi Pendidikan Rasulullah 
 Penulis: Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah 
 Terbitan: Pelima Media 
 Harga: RM20.00 

 Dalam tempoh yang relatifnya singkat, tanpa prasarana penddidikan kondusif, Rasulullah SAW berjaya membangunkan suatu rupabentuk kelompok baru masyarakat Tauhid yang sangat berbeda fokus kehidupan, jalan pemikiran, asas pertimbangan, sikap dan kelakuan malah budaya hidup keseluruhannya berubah kepada kebaikan,kadilan dan kasih sayang. Segenap potensi insaniah digilap, dihidupkan dan di gerakkan menerusi kaedah pendidikan unggul di Madrasah Rasulullah SAW.Persoalanya bagaimana Baginda Rasulullah melakukannya. - See more at: http://www.pelima.com.my/media/product/40-strategi-pendidikan-rasulullah/#sthash.4dduA0ye.dpuf

Siapakah Israel Yahudi dan Zionis


Siapakah Israel Yahudi dan Zionis 
 Penulis: Abu Tolhah Iqamuddin 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM33.00 

 Masih ramai di antara kita yang tidak mengetahui sejarah orang Yahudi dan sifat-sifat mereka, sedangkan Allah SWT telah menceritakan dalam Al-Quran dan Rasulullah SAW telah khabarkan hal mereka dalam banyak riwayat hadis. Dalam buku ini didedahkan sifat-sifat Yahudi yang diceritakan sendiri oleh Allah dalam Al-Quran. 

 Selain itu kita masih keliru dengan maksud Israel, Yahudi dan Zionis, sehingga kita menganggap adalah sama.Sedang dalam Al-Quran sendiri membezarkan , sebab ada bangsa Israel atau Yahudi yang baik dan ada yang jahat yang dikutuk oleh Allah. Ramai di kalangan para nabi dan rasul berbangsa Israel. Buku ini menjelaskan siapakah Israel, Yahudi dan Zionis sebenarnya. 

 Bagaimana perancangan dan konspirasi golongan Yahudi yang jahat setiap hari tidak jemu-jemu berusaha untuk merosakkan umat Islam, khususnya umat Islam.

Why Mars and Venus Collide Edisi Bahasa Melayu


Why Mars and Venus Collide Edisi Bahasa Melayu 
 Penulis: John Gray 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM27.00 

 Mengapa lelaki dan wanita bersengketa? sesebuah perhubungan yang harmoni akan dapat terjalin sekiranya lelaki dan wanita tahu cara berkomunikasi yang tepat. Menerusi buku ini, Joh Gray akan berkongsi cara-cara komunikasi yang mampu menjanba hubungan yang baik antara lelaki dan wanita.

Monday, August 18, 2014

#HilalAsyraf Koleksi Status Facebook Terbaik


#HilalAsyraf Koleksi Status Facebook Terbaik 
 Penulis: Hilal Asyraf 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM25.00

Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf


Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf 
 Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM35.00 

 Dengan mengambil pandangan wasatiyyah berdasarkan Al-Quran, hadith, serta pandangan ulama terkenal seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, dan Imam Al-Ghazali, buku ini menghuraikan secara terperinci perihal empat isu utama yang menjadi perselisihan antara ulama salaf dan khalaf. 

 Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini mengetengahkan 4 usul daripada 20 usul yang disusun oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, iaitu: 
 - Ayat Al-Quran ataupun hadith yang menyebut perihal sifat Allah s.w.t. iaitu perihal anggota zahir, perbuatan, dan gerakan yang menyerupai makhluk. 
- Perihal para wali dan karamah mereka. 
 - Menziarahi kubur, adakah sunnah ataupun bid'ah. 
- Konsep tawassul kepada Allah s.w.t. melalui perantaraan nabi dan para wali.

Thursday, August 14, 2014

The Beautiful: Ensiklopedia Syamail Rasulullah S.A.W


The Beautiful: Ensiklopedia Syamail Rasulullah S.A.W 
 Penulis: Dr. Ahmad Musthafa Mutawalli 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM58.50 

 Sebuah buku yang lengkap tentang keperibadian Rasulullah SAW, mukjizat, sifat, ramalan-ramalan serta amalan-amalan dalam kehidupan baginda.

Peristiwa Ajaib Pertolongan Allah SWT Buat Penduduk Palestin


Peristiwa Ajaib Pertolongan Allah SWT Buat Penduduk Palestin 
 Penulis: H. Muhammad Yusuf Bin Abdul Rahman 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM15.00 

 Palestin merupakan `tanah' bertuah yang dirahmati oleh Allah S.W.T. di mana diutuskan banyak malaikat untuk menjaganya serta dijanjikan dan keistimewaan lain. Melalui pelbagai konflik dan sentiasa berkecamuk sejak zaman Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi-nabi seterusnya sehingga ke hari ini. la masih menjadi santapan puak Zionis/lsrael yang tidak henti-henti ingin menjajah dan menguasainya. Beribu-ribu nyawa rakyat Palestin telah menjadi korban saban tahun namun usaha jahat Zionis/Israel itu sering kali dipatahkan oleh tentera-tentera mujahiddin Palestin. Walaupun hanya berbekalkan persenjataan yang lemah dan terhad. 

Apakah rahsia kejayaan dan amalan mereka sehingga mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T dan seringkali perkara perkara ajaib berlaku di sana?. Segala persoalan itu bakal terjawab di dalam buku ini iaitu "Peristiwa Ajaib Pertolongan Allah S.W.T. Buat Penduduk Palestin". Semoga dengan pendedahan daripada peristiwa¬peristiwa tersebut, dapat menjadi pemahaman kepada kita bahawasanya Allah S.W.T. sentiasa ingat dan memberi pertolongan kepada hambanya yang taat dan beriman serta yang teraniaya.

Tuesday, August 12, 2014

101 Keberkatan Lelaki Subuh Dari Perspektif Al-Quran, Hadis & Sains


101 Keberkatan Lelaki Subuh Dari Perspektif Al-Quran, Hadis & Sains 
 Penulis: DR MOHD ARID HAJI MAT NOOR, MOHD DAHARUDDIN HAJI DAUD, MOHAMMAD SUBKI ABDUL RAHMAN AL-HAFIZ 
 Terbitan: PSN Publications 
 Harga: RM39.90 

 Buku ini mengajak para pembaca menelusuri jiwa lelaki-lelaki subuh dengan cara: 

 1. Terlebih dahulu menyingkap tirai-tirai rahsia di sebalik pilihan Allah SWT memilih waktu fajar sebagai waktu pelaksanaan solat subuh. 

 2. Lalu membedah aura spiritual dan kesan psikologi kepada lelaki-lelaki subuh yang selalu mempunyai iltizam menunaikan pelaksanaan solat subuh dengan penuh rasa ikhlas dan khusyuk. 

 3. Kemudian mengupas selok-belok rahsia perintah Allah SWT bagi segala bentuk pelaksanaannya (seperti rahsia sujud, rukuk dan lain-lain) yang sangat besar fungsinya untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit fizikal dan rohani manusia, terutamanya dilaksanakan ketika waktu subuh. 

 4. Berakhir dengan perbahasan menyeluruh tentang spiritual solat subuh terhadap kekuatan jiwa dalam menggapai keredaan Allah SWT kelak dalam kehidupan selepas mati (di negeri akhirat).

Monday, August 11, 2014

Snowden Operation: Rahsia di balik bocornya data-data intelijen Amerika Syarikat


Snowden Operation: Rahsia di balik bocornya data-data intelijen Amerika Syarikat 
Penulis: Edward Lucas 
 Terbitan: Change 
 Harga: RM39.00 

 Beberapa bulan belakangan ini, nama Edward Snowden menjadi perbincangan hangat. Namanya mulai dikenal di Indonesia, setelah ia dengan berani membocorkan penyadapan Australia terhadap telepon seluler Presiden SBY. Informasi itu ia dapatkan dari dokumen rahasia NSA—Badan Keamanan Amerika yang bertugas menganalisis komunikasi negara-negara di dunia. Dengan mengorbankan karier dan membahayakan kebebasan dirinya, sang whistle-blower ini memberikan bukti vital mengenai perbuatan badan intelijen Amerika dan sekutunya. 

Dokumen-dokumen yang diambilnya, kini dipublikasikan di saluran-saluran media di seluruh dunia, menunjukkan bahwa NSA dan para sekutunya, menembus atau melemahkan keamanan perusahaan komunikasi internasional. Bukti-bukti ini juga menunjukkan bahwa Amerika memata-matai negara-negara lain, termasuk para sekutunya sendiri. Dan peristiwa ini kemungkinan menjadi bagian dari suatu operasi peperangan intelijensi dan informasi Barat dan Rusia.

Tuesday, August 5, 2014

Jadilah Wanita Yang Terpuji Dunia-Akhirat


Jadilah Wanita Yang Terpuji Dunia-Akhirat 
 Penulis: Dr. Akram Ridha 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM20.00

Friday, August 1, 2014

Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri


Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri 
 Penulis: Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaludin 
 Terbitan: Pelima Media 
 Harga: RM17.00 

 Menganjak fokus diri kepada fokus Ilahi. Ilmu tauhid adalah jalan untuk mengenal Allah dengan pengenalan sebenarnya. Pangkal Bahagia itu adalah dengan mengenal, sedangkan hakikat bahagia itu ada pada rasa. Tahu itu stesennya di akal, sedangkan rasa itu adalah hadaman jiwa. Takkan murni jiwa insan tanpa pengenalan yang sahih. Ikuti perbahasan ini, yang menyatu hidangan akal dan jiwa di dalam suatu hidangan akal dan jiwa di dalam suatu hidangantauhid tasawwuf yang indah.

Sunday, June 22, 2014

Nakhoda Agung - Utusan Buat Yang Ingkar


Nakhoda Agung - Utusan Buat Yang Ingkar 
 Penulis: Web Sutera 
 Terbitan: Mustread 
 Harga: RM22.00 

 "Sesungguhnya Kami utus Nuh kepada kaumnya (dengan berfirman): Berikanlah peringatan kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang pedih." Surah Nuh ayat 1. 

 Muncul ajaran-ajaran baru hasil bisikan syaitan yang tidak jemu-jemu menghasut. Umat manusia akhirnya berpaling daripada ajaran Allah. Sinar agama langit semakin pudar. Lantas Allah melantik seorang lelaki bernama Syakirin sebagai penyelamat. Dialah cicit Nabi Idris yang kemudiannya dikenali sebagai Nabi Nuh AS.