Monday, February 8, 2016

Shahih Fikih Sunnah Lengkap


Shahih Fikih Sunnah Lengkap (4 Jilid) 
 Penulis: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim 
 Terbitan: Pustaka Azzam 
 Harga: RM395.00 

 Buku Shahih Fikih Sunnah merupakan terjemahan dari kitab Shahih Fiqh As-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudih Madzahib al-Aimmah karya Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim. Beliau mengumpulkan berbagai dalil dari Al-Qur'an, As-Sunnah, atsar para Sahabat, Tabiin, dan pendapat para ulama tentang berbagai masalah hukum, kemudian memilih pendapat yang paling kuat (rajih) disertai berbagai argumen untuk memudahkan dan memperluas wawasan pembaca dalam memahami fikih Islam. 

 Buku Shahih Fikih Sunnah edisi lengkap ini, dimulai dari sejarah munculnya ilmu fikih, kewajiban mengamalkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, menyikapi perbezaan antar madzhab. Juga buku Shahih Fikih Sunnah ini terbagi dalam empat jilid, di antara kitab-kitab pembahasannya, iaitu; kitab thaharah (bersuci), kitab shalat, kitab jenazah, kitab zakat, kitab puasa, kitab haji dan umrah, kitab sumpah dan nadzar, kitab makanan dan minuman, kitab pakaian, perhiasan dan memandang aurat lawan jenis, kitab nikah dan talak, kitab hudud, kitab pidana dan dan denda, dan terakhir pembahasan kitab al-buyu (jual-beli).

Saturday, February 6, 2016

Obrolan Sufi Untuk Transformasi Hati, Jiwa dan Ruh


Obrolan Sufi Untuk Transformasi Hati, Jiwa dan Ruh 
 Penulis: Robert Frager 
 Terbitan: Zaman 
 Harga: RM46.00

Monday, February 1, 2016

Secawan Anggur Cinta : Ajaran-Ajaran Inti Tasawuf Dalam Kisah-Kisah


Secawan Anggur Cinta : Ajaran-Ajaran Inti Tasawuf Dalam Kisah-Kisah 
 Penulis: Syekh Muzaffer Ozak 
 Terbitan: Zaman 
 Harga: RM34.00 

 Secawan Anggur Cinta menguntai mutiara-mutiara indah beragam ajaran tasawuf yang terpancar dari nilai-nilai Kitab Suci dan sabda Nabi. Kemurahan hati, keimanan, tawakal, kesabaran, cinta, dan ajaran inti lain tak disuguhkan dalam bentuk definisi dan deskripsi, tapi dikemas secara terselubung dalam kisah-kisah parabel yang menarik dan menggugah. Ajaran dalam kisah-kisah itu bernilai universal dan takkan pernah lekang oleh masa.

Tafsir al-Jailani versi Arab


Tafsir al-Jailani versi Arab (5 Jilid) 
Penulis: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
 Terbitan: Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 
 Harga: RM390.00 

 In a five volume set printed with 2 color text, the Tafsir of the Islamic scholar and Sufi 'Abd al-Qadir al-Jilani (d. 561/1166).

3 Permata Ulama dari Tanah Banjar


3 Permata Ulama dari Tanah Banjar 
 Penulis: Mohammad Taha Hassan 
 Terbitan: Green Dome 
 Harga: RM19.00 

 Buku ini adalah mengenai biografi, perjalanan hidup, metod dakwah, dan peranan para ulama berkarisma yang berasal dari Pulau Borneo. Mereka adalah asy-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Kiyai Syarwani Abdan, Pengasas Pondok Pesantren Datuk Kalampayan Bangil dan Tuan Guru Zaini Abdul Ghani Martapura. 

 Dalam berdakwah, mereka mempamerkan akhlak dan budi pekerti luhur, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Mereka sangat menjunjung tinggi penyatuan dan kesatuan umat. Mereka telah menyebarkan Islam dengan santun, damai dan lemah lembut, sehingga masyarakat dengan mudah dan berlapang dada menerima apa-apa yang telah mereka sampaikan. Keberadaan mereka merupakan rahmat bagi kaum muslimin pada umumnya dan warga Banjar pada khususnya. Mereka memiliki jasa yang amat besar dalam menanamkan nilai-nilai keislaman di tanah air ini. Mereka meninggalkan banyak pencerahan bagi umat. 

 Semua ini merupakan bukti keberhasilan mereka dalam berdakwah dan semua itu telah dicatat dalam sejarah dengan tinta emas. Mereka telah menjadi contoh nyata dalam perjuangan, akhlak, ilmu dan hubungan sosial kemasyarakatan. Walaupun mereka telah tiada, namun jasa-jasa dan pengorbanan mereka akan selalu dikenang sepanjang masa.

Asmaul Husna: Dengan Namamu Aku Hidup


Asmaul Husna: Dengan Namamu Aku Hidup 
Penulis: Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat 
Terbitan: Kemilau Publika 
Harga: RM18.00 

Asmaul Husna bukan sekadar sebuah irama. Malah, Asmaul Husna mengatasi lirik-lirik terindah sebuah nasyid walaupun. Ia adalah rumusan tentang akidah yang benar, dibina di atas Arasy nama-nama Allah. Asmaul Husna adalah himpunan nama-nama Allah yang mengenalkan sifat-sifat-Nya dalam 99 nama mulia. Setiap daripada satu nama mempunyai maksud yang tersendiri. 

 Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Allah SWT mempunyai 99 nama, kurang satu seratus. Sesiapa menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukainya (bilangan) yang ganjil.” (HR al-Bukhari: 6410)

Bulugul Maram


Bulugul Maram 
 Penulis: Al-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi Al-Azhari 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM60.00 

 Sebuah kitab yang pada asalnya ditulis dalam tulisan Jawi oleh seorang ulama nusantara terkenal Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi. Kitab ini begitu popular sekali disyarahkan dalam pengajian di sekolah-sekolah pondok dan juga di masjid atau madrasah. Bicara utama yang dibahaskan di dalam kitab ini adalah sekitar persoalan fikah dan hukum syarak yang didasarkan kepada hadits-hadits Rasulullah S.A.W. Dalil-dalil hukum syarak dikumpulkan dan dikategorikan mengikut bab-bab perbincangan. 

 Buku ini asalnya yang ditulis dalam tulisan Jawi telah dialihkan tulisannya kepada tulisan Rumi tanpa mengubah susun kata ataupun perkataannya. Ini adalah bagi memudahkan generasi sekarang untuk mengikuti kelas atau pengajian syarah kitab ini yang masih menggunakan naskhah kitab asal. Selain itu juga ia boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang menggunakan kitab Jawi untuk mengetahui perkataan-perkataan yang kurang pasti dari segi sebutan dan maksudnya. 

Usaha mencerahkan semula hasil tulisan ulama dan ilmuan berpengaruh nusantara ini adalah untuk menyuburkan dan menyebar luaskan khazanah ilmu yang telah diwariskan oleh para ulama nusantara terdahulu yang begitu besar sekali sumbangan mereka dalam memartabatkan agama dan bangsa. Semoga dengan adanya buku seumpama ini sebaran cahaya ilmu ini akan terus menerangi generasi-generasi sekarang dan akan datang.

Sunday, January 31, 2016

Love Sparks In Korea (Jilbab Traveler)


Love Sparks In Korea (Jilbab Traveler) 
 Penulis: Asma Nadia 
 Terbitan: AsmaNadia Publishing House 
 Harga: RM46.00 

 Manakah yang lebih penting bagi seorang gadis, mencintai atau dicintai? 

 Rania hanya ingin menelusuri jejak-jejak cinta Allah yang terhampar di bumi. Namun yang terjadi, si Jilbab Traveller tak cuma menemukannya pada tempat-tempat indah yang menakjubkan dan terkadang menikam emosi, tapi jejak itu juga membayang pada laki-laki Korea yang memotret kehidupan ini dengan cintanya yang hitam putih. 

 Pada sisi lain, seorang lelaki yang menjadi teman lama Rania juga menawarkan 'pesona keindahan'. Lelaki itu bahkan berhasil menaklukkan ketakutannya sendiri demi membawa Rania terbang melintasi keinginan-keinginannya. 

 Bumi dan segala isinya memang selalu menimbulkan rasa takjub. Tapi cinta yang Allah sematkan pada ruang kecil bernama hati, ternyata lebih meluapkan ketakjuban dan sensasi pada kemahabesaran-Nya. 

 Dan Rania, di manakah Allah menyiapkan titik perhentian bagi petualangannya?

Wednesday, January 20, 2016

Kitab Ihya' Ulumiddin Imam Ghazali


Ihya' Ulumiddin 
Penulis: Imam Ghazali 
Terbitan: Pustaka Nasional 
Harga: RM400.00 (1 set - 4 jilid) 

Ini adalah karya terbesar Imam Ghazali. Ia terbahagi kepada 4 bahagian: ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Setiap topik dibicara dan dihuraikan secara logis dan akademik, dengan contoh dan misalan. 

Tuesday, January 19, 2016

Pengertian Tauhid

Pengertian Tauhid
Penulis: Dr. Yusuf al-Qardhawi
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM10.00

Sunday, January 17, 2016

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ Bertajwid


Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ Bertajwid 
 Penyusun: Prof Madya Dr Hj Abd Raof Tan Sri Hj Hassan 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM95.00 

 Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ beserta hukum tajwid yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu hukum tajwid dan wakf ibtida’(memberhentikan dan memulakan bacaan). 

 Keistimewaan Al-Quran ini adalah ia menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Memudahkan para pembaca untuk mengenalpasti hukum hakam bacaan Al-Quran, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan bacaan hukum tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada pertengahan ayat yang panjang. 

 Al-Quran ini juga sesuai untuk dijadikan permulaan untuk mengenali dan mempelajari hukum tajwid. Didatangkan dengan 4 warna untuk pilihan pengguna iaitu ungu, kuning, hijau dan turquoise.

Tuesday, January 12, 2016

Ramuan Ilmu Tasauf


Ramuan Ilmu Tasauf 
 Penulis: Mustapha Muhammad al-Jiasi 
 Terbitan: Pustaka Aman Press 
 Harga: RM6.00 

 Buku Ramuan Ilmu Tasauf ini merupakan sebuah buku yang membicarakan masalah-masalah penting sekali dalam ilmu tasauf yang boleh memimpin kita ke arah kemajuan dan pembangunan rohani dan jasmani, bukanlah sepertimana yang disangka-sangka orang bahawa dengan mempelajari ilmu ini bererti akan membawa kepada kemunduran dan kepapaan. Tuduhan liar seperti ini memang bohong semata-mata! Untuk memahami selanjutnya, ikutilah kandungan buku ini.

Monday, January 11, 2016

Membangkitkan Energi Qolbu


Membangkitkan Energi Qolbu 
 Penulis: Imam Ghazali 
 Terbitan: Mitra Press 
 Harga: RM20.00 

 Qolbu itu sesuatu paling utama. Sesungguhnya manusia siap untuk berma’rifat (mengetahui Allah SWT. dan yang ghaib) dengan qolbunya, tidak dengan salah satu anggota badannya. Kerana itu qolbu jua yang berbuat kerana Allah. Dialah (qolbu) yang berusaha mendekat kepadaNya. Qolbu pula yang menyingkap apa yang ada di sisiNya. 

 Secara hakikat, ketaatan kepada Allah itu terletak pada qolbu. Sesungguhnya yang tersebar terhadap anggota badan dalam melakukan ibadah merupakan cahaya-cahayanya. Bila qolbu telah terbangkitkan energinya, cahaya kebaikannya memancar ke seluruh anggota tubuh. Kerana itu, sehingga anggota tubuh tergerak untuk beramal taat. Sebaliknya, kita menjadi sombong dengan menggunakan media anggota badan dikeranakan keadaan qolbu yang kotor. Perbuatan-perbuatan keji dan buruk dikeranakan qolbu yang tidak suci atau gelap. 

 Orang yang tidak mengenal qalbunya, ia tidak bisa mengintai dirinya, tidak mampu memeliharanya dan tidak mampu mengintip sesuatu yang tersimpan di alam malakut. Orang demikian ini dikatagorikan sebagai hamba yang lupa.

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Yang Kukenali


Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Yang Kukenali 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM15.00 

 Pada pagi yang mulia ini, 9 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H, kami menerima berita yang telah disahkan dan disemak berkenaan pemergian guru yang kami kasihi, Fadhilat al-Syeikh al-Allamah Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili ke rahmatullah setengah jam sebelum fajar. Semoga Allah mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama dengan para siddiqin, syuhada' dan solihin. Kami tidak ingin mengatakan apa-apa kecuali yang diredhai berkenaannya. Ya Syaikhana, sesungguhnya pemergianmu membuatkan diri ini teramat sedih. Inna lillahi wa inna ilaihi raj'iun. Dengan ini kami mengambil kesempatan untuk menerbitkan buku tentang beliau supaya ia dapat dikenali seluruh umat Islam.

Thursday, January 7, 2016

Takdir 3 - Hilal Asyraf


Takdir 3 
 Penulis: Hilal Asyraf 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM20.00 

 Takdir 3: Janji-Nya Yang Tidak Termungkir adalah novel ketiga daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri, Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa.

Tuesday, January 5, 2016

Gema Selawat Di Nusantara Bersama Habib Syech


Gema Selawat Di Nusantara Bersama Habib Syech 
 Penulis: Abdul Qadir Umar Mauladdawilah 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM20.00 

 7 Sebab kenapa anda perlu memiliki buku “Gema Selawat Di Nusantara Bersama Habib Syech” ini:
- Mengisahkan latar belakang keluarga dan pendidikan Habib Syech. 
- Usaha-usaha Habib Syech menarik orang muda untuk mencintai selawat serta dekat dengan Allah dan Rasulullah. 
- Perjalanan dakwah Habib Syech bermula di kediamannya di Solo sehingga ke luar negara. 
- Lirik qasidah-qasidah yang biasa dibawa oleh Habib Syech di dalam majlis selawatnya. 
- Segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dijawab dan dijelaskan. 
- Catatan dipetik dari temuramah beliau bersama TV Al-Hijrah yang pernah tersiar di kaca televisyen pada April 2015 yang lalu. 
- Mutiara kata serta nasihat-nasihat berharga Habib Syech.

Mengenal Tasauf & Tarekat


Mengenal Tasauf & Tarekat 
 Penulis: Ustaz Haji Ali Haji Mohamed 
 Terbitan: Thinkers Library 
 Harga: RM24.00

Fikih Tamkin: Panduan Meraih Kemenangan dan Kejayaan Islam


Fikih Tamkin: Panduan Meraih Kemenangan dan Kejayaan Islam 
 Penulis: Prof. Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM90.00 

 Kemenangan dan kejayaan bagi orang-orang yang beriman, memiliki berbagai macam bentuk dan wujud yang berbeda, di antara yang terpenting adalah; tersampaikannya misi risalah, takluknya musuh, dan terwujudnya umat terbaik yang makmur sejahtera di bawah naungan ridha Allah Subhanahu wa Ta’ala. 

 Boleh jadi musuh-musuh Islam memandang bahwa kemenangan dan kejayaan umat Islam adalah mustahil dan omong kosong belaka. Namun kaum muslimin harus tetap yakin dengan janji Allah bahwa bumi ini akan diberikan pada hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal saleh. Ini bukanlah mimpi atau ilusi. Sebaliknya, ia adalah bentuk keimanan sempurna kepada Allah dan keyakinan akan kebenaran semua janji-Nya. Keimanan yang murni adalah yang tak terkotori debu keraguan dan virus kemusyrikan. Karena hanya keimanan yang murni dan amal saleh yang tulus kepada-Nyalah, yang menjadi kunci utama terealisasikannya kejayaan Islam. 

 Buku ini adalah sebuah kajian terhadap berbagai macam makna kemenangan dan kejayaan, syarat-syaratnya, sebab-sebabnya, tahapan-tahapannya, tujuan-tujuannya, kendala-kendalanya serta faktor-faktor pendukungnya. Tak pelak, buku ini menjadi rujukan penting bagi para pegiat dakwah dan aktivis Islam dalam menuntun mereka menggapai kesuksesan.

Monday, January 4, 2016

Buku Saku Etika Islam Sehari-hari


Buku Saku Etika Islam Sehari-hari 
 Penulis: Syekh Abdul Qadir al-Jailani 
 Terbitan: Zaman 
 Harga: RM26.00 

 Islam adalah agama yang luhur dan agung. Islam tidak sekadar mengatur hubungan baik antara hamba dan Tuhannya, tapi juga mengatur hubungan indah antara hamba dengan sesama hamba, bahkan antara hamba dengan alam raya. 

 Buku ini menuntun kita bagaimana cara bertegur sapa dan mengucap salam, menerima kedatangan tamu, tata cara makan dan menghadiri undangan, etika di perjalanan, etika memakai cincin, etika mandi, bersuci dari hadats besar maupun kecil, etiket tidur, mencari rezeki, menikah dan melayani istri atau suami, serta bersikap sopan santun terhadap kedua orangtua, hingga ber-amar makruf nahi munkar di jalan-Nya. 

 Selain etika-etika dalam laku keseharian tersebut, dalam buku ini pun diurai bagaimana etika seorang muslim saat berhadapan dan berinteraksi dengan binatang. Membaca lembar demi lembar buku karya Sultan Aulia ini, kita akan menemukan manik-manik mutiara yang berkilauan dalam samudra ajaran Islam. 

Inilah karya tak ternilai yang diwariskan untuk generasi muslim agar memiliki etika dan kesantunan tidak hanya antara manusia dengan Tuhannya, tapi juga antara manusia dengan sesamanya, bahkan dengan alam dan lingkungannya.

Manaqib Syekh Abdul Qadir Al-Jailani: Perjalanan Spiritual Sulthanul Auliya


Manaqib Syekh Abdul Qadir Al-Jailani: Perjalanan Spiritual Sulthanul Auliya 
 Terbitan: Pustaka Setia 
 Harga: RM30.00 

 Buku ini selain secara terperinci membahas kehidupan, sikap, dan ajaran Syekh Abdul Qadir Al-Jailani juga memaparkan pandangan ulama masa kini tentang beliau.

Misteri dan Keajaiban Ayat-Ayat Seribu Dinar


Misteri dan Keajaiban Ayat-Ayat Seribu Dinar 
Penulis: Imam Al-Ghazali 
 Terbitan: Mitra Press 
 Harga: RM18.00 

 Hidup tidak sepi dengan permasalahan. Kadang-kadang permasalahan itu menjadi semakin carut-marut. Namun kadang pula mudah diselesaikan. Judul buku ini adalah rahasia keajaiban ayat-ayat seribu dinar. Entah siapa yang pertama kali mengistilahkan demikian. Jelasnya, ayat seribu dinar yang dimaksudkan adalah terdapat dalam surat ath-Thalaq. 

 Hal yang sangat menarik dalam buku ini ialah membicarakan dan memberi bimbingan bagaimana seharusnya kita mendekat kepada Allah sehingga mendapatkan kemudahan dalam berbagai faktor. Mulai persoalan rejeki, kesehatan, karir, keselamatan dan lain sebagainya. Semuanya disajikan dalam buku ini.

Buku Saku Renungan Al-Quran


Buku Saku Renungan Al-Quran 
 Penulis: Syekh Abdul Qadir al-Jailani 
 Terbitan: Zaman 
 Harga: RM30.00 

 Kisah dan Makna Ta'awudz, Basmalah, Tobat, dan Takwa 

 Buku ini mengajak kita menyelami kedalaman makna firman Allah tentang ta‘awwudz (a‘ûdzu billâhi minas-syaithânir-rajîm), rahasia basmalah (bismillâhirrahmânirrahîm), ayat-ayat tobat, dan ayat-ayat takwa. Selain basah dengan kisah, masing-masing ayat yang sudah akrab didengar ini dikupas hakikatnya lapis demi lapis. Arti di balik kata-katanya, latar belakang peristiwa turunnya, pesan moralnya, serta rahasia-rahasia spiritualnya yang jarang diulas di kitab yang lain. 

 Memadukan kedalaman spiritual dan kejernihan bertutur, Syekh Abdul Qadir al-Jailani menghadirkan tafsir yang kaya makna, menyentuh akal dan hati, serta mudah dicerna oleh orang yang tak mengerti bahasa Arab sekalipun.

Sunday, January 3, 2016

Maulana Syeikh Abi al-Hassan Ali al-Nadwi


Maulana Syeikh Abi al-Hassan Ali al-Nadwi 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM13.00 

 Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa: “Allah SWT telah mengurniakan kepada Syeikh Abi al-Hassan Ali al-Nadwi banyak kelebihan dan kepakaran yang melayakkan dirinya menjadi pendakwah yang ulung”.

Peringatan Tentang Umur Insan


Peringatan Tentang Umur Insan 
 Penulis: Imam Habib Abdullah Haddad   
Terbitan: Pustaka Nasional 
 Harga: RM26.00 

 Membicarakan secara jelas hayat seorang insan yang mempunyai lima umur: dalam sulbi ayah, dalam rahim ibu, dalam dunia ini, dalam alam barzakh dan di Padang Mahsyar.

Friday, January 1, 2016

Kumpulan Puisi Yang Menjadi Sufi


Kumpulan Puisi Yang Menjadi Sufi 
Penulis: H.B. Johar 
Terbitan: Pustaka Kanzun Mahfiyyan 
Harga: RM40.00 

 Maulana Jalaluddin Rumi dan Syeikh Hamzah Fansuri zahir kembali.... Kesinambungan puisi ketuhanan oleh H.B. Johar penyair tersohor dari Singapura. Alami dan rasailah sendiri rasa kerohanian dalam ketuhanan......