Monday, March 1, 2010

Jin: Hakikat & Pengubatan

Jin: Hakikat & Pengubatan
Penulis: Dato' Haji Ismail Kamus
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM34.90

Walaupun tidak dapat dilihat tetapi ia sebenarnya wujud. Malah ia sentiasa berlegar di sekitar kehidupan kita. Ada yang dalam bentuk asalnya dan ada juga dalam bentuk jelmaan atau samaran. Paling hampir ialah qarin iaitu jin pendamping diri kita sendiri.

Banyak aktiviti dalam masyarakat kita yang dikaitkan dengan jin. Antaranya sihir, santau dan sesetengah perubatan tradisional yang menggunakan kaedah "menurun". Kebanyakan penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor dikatakan disebabkan oleh jin. Begitu juga masalah histeria dan kerasukan yang sering terjadi pada kaum wanita dikatakan disebabkan jin yang masuk ke dalam jasad wanita tersebut.

Apakah hubung kait jin dengan kehidupan manusia? Apakah gejala yang dikatakan berpunca daripada jin tanda permusuhan mereka dengan kita? Apa pula senjata pertahanan kita untuk berhadapan dengan mereka? Banyak perkara yang anda perlu tahu tentang jin yang dipapar-kan dalam buku Jin: Hakikat dan Pengubatan ini.

No comments:

Post a Comment