Thursday, March 11, 2010

Sirah Nabi Muhammad S.A.W (Pengajaran & Pedoman)

Sirah Nabi Muhammad S.A.W (Pengajaran & Pedoman)
Dr. Mustafa As-Syibaie
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM15.00

Para pembaca akan mendapatkan buku ini sebuah kitab sirah yang ringkas tetapi padat dengan huraian pengajaran daripada sirah nabi s.a.w. Al-Ustaz Mustafa As-Syibaie mencuba menggali kembali permata-permata pedoman & penunjuk arah daripada sirah nabi s.a.w lalu menujukannya kepada para pembaca.

Kitab sirah ini merangkumi pengajaran-pengajaran daripada kehidupan nabi s.a.w sebelum menjadi rasul, sehinggalah kewafatan baginda s.a.w. Buku ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu muqaddimah & fiqh sirah.

Bahagian muqaddimah membincangkan tentang keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w & faedah mempelajarinya, dan sumber sirah & rujukannya yang sahih. Bahagian fiqh sirah membincangkan kehidupan baginda s.a.w sebelum menjadi Rasul, kehidupan baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah, kehidupan baginda selepas hijrah ke Habsyah hingga hijrah ke Madinah. penghijrahan ke Madinah sehingga waktu stabil di Madinah, Peperangan yang di sertai baginda sehingga fathu Makkah, dan akhir sekali peristiwa-peristiwa penting yang berlaku selepas pembukaan Makkah sehingga kewafatan baginda s.a.w.

Sirah Rasulullah s.a.w penuh dengan pengajaran & pedoman untuk diikuti ummat selepasnya, moga-moga para pembaca mendapat hikmah & kebaikan daripadanya.

No comments:

Post a Comment