Thursday, July 28, 2011

Kala Izrail Datang Bertamu

Kala Izrail Datang Bertamu
Penulis: Hasan Ayub
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM22.00

Sesungguhnya bila waktunya Izrail datang bertamu, tidak akan diketahui oleh manusia selain Allah. Akan tetapi Allah memberikan tanda-tanda atas dekatnya akhirat itu kepada manusia, melalui al-Quran dan sunnah. Buku ini akan memperincikan perkara itu.

Buku ini juga akan membincangkan lebih lanjut, apa yang perlu dilakukan pada ketika Izrail sudah berada di hadapan pintu, dan apa juga yang perlu di lakukan pada saat roh sudah lepas dari ubun-ubun.

Panduan yang diberikan dalam buku ini bukan sekadar menjadikan kita tahu, malah membuatkan hati kita bersedia bagi menghadapi hari, Izrail datang bertamu. Buku inilah yang perlu dimiliki untuk menjadi manusia yang bijak, iaitu manusia yang sentiasa mengingati mati.

No comments:

Post a Comment