Wednesday, July 20, 2011

Ramadhan Terakhir

Ramadhan Terakhir
Penulis: Hisham A R
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

Ramadhan Terakhir mengajak pembaca menghayati Ramadan dengan jiwa hamba yang total. Berpuasa bukan hanya pada lapar dan dahaga, tetapi berusaha sedaya upaya merebut pelbagai ganjaran hebat yang hanya ditawarkan pada bulan Ramadan sahaja.

Persediaan menghadapi Ramadan bermula sejak Rejab lagi diikuti dengan Syaaban yang merupakan bulan-bulan 'warming up' sebelum menempuh Ramadan. Seterusnya Syawal untuk menuai hasil Ramadan.

Setiap kali kita berjaya menjejak masuk ke gerbang Ramadan, anggaplah ia sebagai Ramadan yang terakhir kerana belum tentu usia kita sampai kepada Ramadan yang akan datang. Maka sewajarnya Ramadan yang kita tempuh dimanfaatkan sepenuhnya. Sewajarnya amal ibadah kita lebih baik dan cemerlang daripada tahun-tahun sudah.

Rejab, Syaaban, Ramadan dan Syawal merupakan bulan-bulan mega bagi umat Islam yang mesti hargai dengan keimanan dan ketakwaan.

Cukuplah kita bodoh dan diperbodohkan selama ini. Kita tidak mahu jadi bodoh dan rugi selama-lamanya. Marilah kita jadi cerdik pada Ramadan kali ini dan seterusnya.

Bodohnya kita apabila berpuasa pada siang hari, tetapi masih mampu menipu, mencuri, terlibat dengan rasuah, tidak menjaga aurat dan mengumpat. Bodohlah kita jika seronok bersolat tarawih ramai-ramai di masjid dan surau, namun solat fardhu masih kita tinggalkan. Pantang kita tinggal solat tarawih, tetapi kita tidak berpantang untuk meninggalkan solat Subuh dan Zuhur. Alangkah bodohnya manusia di hadapan Allah.

No comments:

Post a Comment