Friday, July 29, 2011

Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah

Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah
Penulis: Dr Muhammad Ali Hashimi
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM29.00

Pelbagai pertubuhan dan organisasi dengan gigih serta bersungguh-sungguh cuba 'membaratkan' wanita Islam. Alhamdulillah, semua usaha ini berakhir dengan kegagalan. Penyokong gerakan 'pembaratan' kini menyerah kalah dan mengakui keutuhan iman, kejernihan fikiran, psikologi dan perasaan wanita Mukmin.

Umat Islam meletakkan harapan yang besar kepada wanita Mukmin supaya sentiasa kuat dalam membuktikan identiti mereka sebagai wanita Islam, walau di mana dan apapun keadaan yang berlaku.

Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah mengungkap keagungan wanita dalam mempertahankan identiti Muslimah mereka, di mana mereka sentiasa meletakkan Allah dan Rasulullah di atas segala-segalanya.

No comments:

Post a Comment