Sunday, July 17, 2011

Keluarga Bahagia Dengan Asmaul Husna

Keluarga Bahagia Dengan Asmaul Husna
Penulis: Profesor Madya Wan Maseri Wan Mohd
Terbitan: PTS
Harga: RM10.00

Ikatan kasih sayang dan kebahagiaan hidup berkeluarga dapat dinikmati dengan amalan zikir Asmaul Husna. Asmaul Husna Allah mampu mencipta keajaiban kepada yang ikhlas bergantung pada-Nya.

Keluarga bahagia dapat dibentuk dengan mengamalkan zikir Asmaul Husna setiap hari tanpa menunggu apabila ditimpa musibah mahupun kesedihan. Setiap 99 nama Allah itu membawa keajaiban tersendiri yang menjadi penawar kepada setiap pengamalnya. Justeru berzikir dengan Asmaul Husna perlu dijadikan rutin harian setiap ahli keluarga supaya ikatan ukhuwah sentiasa terjalin erat dan indah.

*Bertemankan Allah ya Wahhab menjadikan hidup mudah dan senang.
*Memeliharan diri dan keluarga dengan peraturan dan hukum Allah ya Hakam.
*Mengingati diri sebagai ciptaan Allah ya Kholiq membuat jiwa terpelihara.
*Menikmati ketenangan hidup dengan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah ya Baari'.
*Memelihara diri dan keluarga dengan penglihatan dan pengawasan Allah ya Bashir ya Roqib.
*Tundukkan nafsu dan kesombongan dengan bantuan Allah ya Qohhar.

Nikmati kemanisan hidup berkeluarga dengan mengamalkan zikir Asmaul Husna yang mengandungi pelbagai makna tersirat yang mampu memberikan jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment