Friday, September 23, 2011

Diari Bagaimana Saya Kurus

Diari Bagaimana Saya Kurus
Penulis: Dzulfikri Zulkifle
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM17.00

Makan spageti di tepi perigi,
Di tepi perigi makan spageti,
Siapa yang makan di tepi perigi?
Tentulah saya Dzulfikri.

“Cukup dengan semua ini! Saya hendak jadi lebih sihat!”

Dzulfikri Zulkifle adalah penulis blog TakNakGemuk.com yang mempunyai ribuan pengikut. Buku ini menceritakan kisah beliau bagaimana dari seorang yang sering diejek dan mempunyai masalah berat badan kepada seorang yang sihat dan berkeyakinan tinggi.

Ikuti bimbingan beliau dalam usaha menurunkan berat badan. Daripada 150 kg turun sehingga 90kg. Bunyinya seperti mustahil, kan?

Selepas habis buku ini, kita akan berkata, “Saya boleh lakukannya!”

9 comments:

  1. Assalamualaikum.
    saya berminat untuk membeli buku ini, namun tidak didapati di tempat saya. Adakah saya boleh membelinya daripada pihak tuan melalui postage?
    sekian.

    ReplyDelete
  2. yup,saya jugak berminat nak membeli. Macam mana ya

    ReplyDelete
  3. boleh isi borang tempahan online yg disediakan

    ReplyDelete
  4. saya dah isi borang dan submit.agak2 berapa lama utk respond ya?

    ReplyDelete
  5. salam, buku ni da stok lagi x?
    saya dh isi borang..tolong reply ye

    ReplyDelete