Sunday, September 11, 2011

Noorah

Noorah
Penulis: Ummu Hani Abu Hassan
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM20.00

Sebuah bacaan yang penuh inspirasi, ketabahan seorang wanita menghadapi bermacam-macam siri ujian daripada Allah wajar ditekuni oleh pembaca! NOORAH merupakan sebuah kisah benar mengenai kisah hidup seorang wanita Inggeris berhati tabah. Perjalanan hidupnya penuh dengan cubaan. Zaman remaja dilatari dengan pelbagai tragedi hitam sehingga dia disumbat ke penjara Yorkshire. Sama saja bagi Kathryn Bennet sama ada dia tinggal di rumah atau menghuni penjara juvana di Yorkshire. Kedua-duanya dahsyat dan teruk.

Namun segalanya berubah selepas dia berhijrah ke Bahrain, seterusnya ke London untuk bergelar Muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumah tangga. Dia pasrah meredah ribuan kilometer untuk menjejaki tiga anak yang dilarikan bekas suami. Dia redha bergelar ibu tunggal kali kedua dan sekali gus mengambil peranan ayah untuk menyara enam orang anak di kota London. Dia juga mampu sabar diuji penyakit digeruni. Kerana dia yakin dengan besarnya hikmah di sebalik musibah.

No comments:

Post a Comment