Friday, September 23, 2011

Mari Kenali Muawiyah bin Abu Sufyan

Mari Kenali Muawiyah bin Abu Sufyan
Penulis: Sahrulazmi Sidek
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM20.00

Setiap kali melihat wajah Muawiyah bin Abu Sufyan, Khalifah Umar al-Khattab pasti menggelar, "Inilah Caeser Arab."

Bapanya, Abu Sufyan, pernah berkata, “Sesungguhnya, anakku ini akan menjadi orang besar, dan dia akan jadi orang yang akan memimpin bangsanya.”

Muawiyah bin Abu Sufyan, selalu disalahtafsir oleh sejarah. Beliau sering dilihat dari aspek yang buruk sahaja. Sehingga melekat di minda kita betapa teruknya beliau.

Sedangkan, begitu banyak catatan yang belum lagi dibongkarkan. Catatan itu telah membuktikan beliau adalah pemimpin super. Inilah tokoh yang lahir secara langsung dari Universiti Tarbiyyah Rasulullah.

Ikuti perjalanan beliau daripada seorang putera bangsawan Arab kepada khalifah umat. Daripada penentang kepada pendokong perjuangan agama.

Mari Kenali Muawiyah bin Abu Sufyan, menyelongkar seluruh perjalanan kehidupan beliau. Beliau dibicarakan dari sudut pandangan yang belum pernah diceritakan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

No comments:

Post a Comment