Monday, September 5, 2011

Membongkar Kesesatan Black Metal

Membongkar Kesesatan Black Metal
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Walaupun isu mengenai Black Metal sudah lama diperkatakan sejak dulu tetapi masih ramai yang tidak mengetahui secara mendalam tentang kumpulan itu. Kewujudan kumpulan songsang ini telah menggugat akidah dan pegangan agama kelompok anak muda di Barat. Kemunculan yang dicetuskan kerana kegelisahan jiwa serta kekontangan spiritual yang sedang melanda masyarakat di sana menular dan mengancam masyarakat kita.

Justeru, buku ini hadir bagi MEMBONGKAR KESESATAN BLACK METAL khususnya kepada masyarakat di Malaysia. Pendedahan benar tentang Black Metal yang anda perlu TAHU:

· Sejarah setan
· Asal usul pemujaan setan
· Pengikut-pengikut setan
· Kegilaan Black Metal
· Modus operandi Black Metal
· Simbol Black Metal
· Setan-setan Black Metal
· dan banyak lagi pendedahan terbuka

Bagi menghasilkan buku mengenai kesesatan Black Metal adalah tidak mudah. Banyak maklumat yang berkaitan dengan mereka tidak boleh didapati secara terbuka. Perihal mengenai permujaan setan adalah sesuatu yang cukup sulit dan ritual itu dijalankan secara rahsia sehingga di kalangan anggota mereka sendiri tidak mengetahuinya. Sesungguhnya isu Black Metal dan yang berkaitan dengannya adalah isu ummah yang tidak boleh dipandang enteng. Pembiakan dan penularan kumpulan ini perlu dihentikan!

No comments:

Post a Comment