Monday, September 12, 2011

Soal Jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita

Soal Jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita
Penulis: Fatimah Haji Omar
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM10.00

Keinginan untuk mendirikan rumahtangga sudah menjadi naluri semulajadi manusia di atas muka bumi ini. Manusia diciptakan dengan pelbagai keistimewaan dan persamaan dengan makhluk yang lain. Akal adalah keistimewaan manusia manakala nafsu pula untuk manusia dan haiwan. Akal bertugas untuk mengawal nafsu daripada menguasai manusia. Islam telah menggariskan pelbagai panduan menerusi sistem perundangan Islam yang meliputi pelbagai aspek termasuklah perkahwinan.

Kesibukan sebahagian manusia dengan urusan duniawi telah menyebabkan mereka tidak memberi ruang untuk melengkapkan diri mereka dcngan ilmu pengetahuan sebelum mendirikan rumahtangga.

Buku Soal Jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita ini wajar dijadikan rujkan khususnya bagi para wanita yang menjadi pendokong utama suami bagi memastikan kebahagiaan dan keteguhan rumahtangga tercapai. Perbagai persoalan penting dimuatkan dalam buku ini untuk dijadikan panduan oleh kaum Hawa.

No comments:

Post a Comment