Friday, May 11, 2012

303 Soal Jawab Fikah Kematian

303 Soal Jawab Fikah Kematian
Penulis: Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud, Mohd Kamel Haji Mat Salleh
Terbitan: PTS
Harga: RM10.00

Apabila bercakap perihal kematian, persoalan-persoalan ini muncul dalam fikiran kita: 
- Apakah tanda mati yang baik dan mati yang buruk? 
- Apakah kegunaan air mawar, kapur, dan setanggi benar-benar wujud dalam ajaran Islam ataupun sekadar budaya orang Melayu? 
- Mengapa kepala mayat perlu dililit dengan kain? 
- Benarkah mayat akan bangun apabila dilangkah kucing hitam? 
- Bagaimana mahu mensolatkan jenazah yang bercampur antar Muslim dan bukan Muslim? 
- Apakah hukum membina bangunan di atas kubur? 

Itu hanya enam soalan sahaja daripada 303 soalan yang terjawab dalam buku ini. 303 Soal Jawab Fikah Kematian menyediakan jawapan-jawapan itu daripada pelbagai sumber yang sahih. Jawapannya juga bukan sahaja jelas, bahkan ringkas dan mudah. Memahami fikah kematian adalah memahami hukum-hakam pada bahagian terakhir hidup di dunia ini. Moga kita membuka langkah kanan memasuki pintu alam yang abadi. Insya Allah kekal aman di syurga nanti.

No comments:

Post a Comment