Wednesday, May 16, 2012

Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari

Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari
Penulis: DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM35.00

Saya hanya tersenyum pahit sambil mengangkat kening apabila mendengar kata-kata itu. Di dalam hati, saya faham bahawa diri sedang cuba diperkecilkan. Toriq pula tersenyum lebar, puas barangkali dapat meninggikan diri dan memperlekeh saudara se-Islamnya. Wallahu’alam. Memang biasa pelajar-pelajar Arab ini meninggi diri dan memperlekeh orang bukan Arab. Apatah lagi orang Asia seperti saya. 

... . Saya memang minat mengaji ilmu Usul Fiqh Tinggi ini kerana menyedari keperluannya amat tinggi jika saya ingin mendapat pahala besar dan berterusan sehingga selepas kematian. Ini kerana ilmu ini membantu saya memahami bagaimana cara dan kaedah mengeluarkan hukum Fiqh daripada dalil yang pelbagai. Selain mengajar, saya menghargai dan meraikan kepelbagaian fatwa. 

“Zaharuddin! Apa yang engkau lakukan?” teriak Toriq selepas sama-sama melihat markah kami yang terpampang di dinding Fakulti Syariah. Tangannya menepuk-nepuk bahu dan belakang saya. 

Dengan izin Allah, saya muncul sebagai pelajar yang memperoleh markah tertinggi menewaskan seluruh pelajar Arab dari Jordan, Bahrain, Saudi, Iraq dan Mesir. Kelas peringkat Sarjana (MA) untuk subjek ini tersebut mempunyai sekitar 40 orang pelajar. Terdapat beberapa pelajar yang gagal termasuk pelajar Malaysia. Pelajar-pelajar Malaysia ini akhirnya tidak berjaya menamatkan pengajian, tinggallah saya pelajar Malaysia dan Asia yang tunggal di Fakulti Syariah universiti Al-Yarmouk di peringkat Sarjana. 

“Wah, nama kamu sudah dicatat dalam akhbar universiti ini! Tidak pernah ada pelajar bukan Arab meraih markah tertinggi dalam apa jua subjek Sarjana Fiqh sebelum ini,” kata seorang lagi pelajar Jordan yang bertubuh kerdil ... .

2 comments: