Tuesday, May 1, 2012

Atasi Sakit Anda Dengan 63 Penyembuh Sampingan

Atasi Sakit Anda Dengan 63 Penyembuh Sampingan
Penulis: Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh
Terbitan:Al-Hidayah
Harga: RM20.00
 
Setiap penyakit pasti ada ubat dan penyembuhnya kecuali mati. Dan kesembuhan itu pula adalah dengan keizinan Allah S.W.T. Ubat adalah usaha kita untuk mendapatkan kesembuhan dengan izin Allah S.W.T. Semoga dengan usaha yang kita lakukan dan doa yang kita panjatkan kepada Allah, insyaAllah akan diberikan kesembuhan kepada kita. Dan dengan nikmat kesembuhan itu kita akan lebih bersyukur, tunduk dan patut kepada Allah S.W.T.
 
Buku ini amat bernilai kerana memberikan kita panduan penyembuhan menggunakan bahan-bahan di sekeliling kita dan amalan seharian yang sering kita lakukan. Di samping dapat mengamalkan kehidupan yang sihat dan selesa, ia juga mengajak kita untuk beribadah agar lebih dekat kepada Allah. Semoga dalam setiap apa yang kita lakukan dan niatkan kerana Allah akan mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah.

No comments:

Post a Comment