Tuesday, January 18, 2011

Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik

Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik
Penulis: Muhammad Nurani Maarif
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM37.90

Selepas buku Membongkar Misteri Dajjal, penulis bestseller iaitu Tuan Muhammad Nurani Maarif berjaya mengeluarkan buku kedua beliau iaitu “Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik” yang mempunyai kelainannya yang tersendiri.

KEANEHAN DALAM BUKU BELIAU

Berita Arab Saudi mengarahkan Amerika menyerang Iran terdapat dalam buku ini. Ketika beliau menulis setahun yang lalu semuanya kelihatan berbalam-balam tapi kini ketegangan itu makin memuncak. Berbetulan dengan keluarnya buku ini senario yang dulu tertulis sebagai hipothesis kelihatan semacam nyata. Sebetulnya kalam asalnya bukan dari beliau, tapi ada matan nubuwah mengenai insiden itu cuma hurainya dari beliau bagaimana krisis Arab-Iran ini terjadi.

KELAINAN DALAM BUKU BELIAU

Setakat ini belum ada yang membongkar siapa pencetus sebenar di balik angka 2012 & kenapa. Dalam buku ini memberi gambaran apa, siapa & kenapa 2012.

KEINDAHAN DALAM BUKU BELIAU

Gambar dan grafik warna yang mengujakan. Jika anda takjub dengan cerita-cerita aneh 2012 yang pernah anda dengar – tunggu! Baca dan lihat dulu buku ini. Ia diselangi dengan gambran indah galaksi dan cakrasuria bersama ayat al-Quran tentang penciptaan langit. Tauhid anda akan terusik bila membaca dan menatapi grafik ini.

KEJUTAN DALAM BUKU BELIAU

Tahukah anda siapa, bagaimana & di mana IMAM MAHDI akan muncul. Di hujung buku ini beliau abadikan pencarian beliau tentang insan aneh yang disebut-sebut akan muncul sebelum Dajjal. Ada maklumat yang belum pernah anda ketahui akan terjumpa di antara helaian ini.

1 comment: