Saturday, January 22, 2011

Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW

Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW
Penulis: Sahrulazmi Sidek
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM17.70

Sebelum mengenali hati budi seseorang, kita cenderung bertanyakan perihal keluarganya. Mengenali latar belakang keluarga, sudah cukup membuatkan jiwa lebih dekat dengan orang yang ingin kita kenali. Begitu juga apabila kita mahu mengenali nabi kita, Muhammad bin Abdullah.

Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW dijangka menjawab persoalan-persoalan berikut:

* Berapa ramai sepupu yang nabi ada?
* Ummu Ayman itu ibu susuan ataupun pengasuh nabi?
* Adakah Saidina Hamzah itu sepupu, ataupun bapa saudara nabi?
* Mana satukah bapa saudara nabi? Abu Jahal, ataupun Abu Lahab?
* Siapakah antara kerabat nabi yang memeluk Islam?
* Siapa pula ahli keluarga yang menentang ajaran nabi?

Dekati keluarga nabi dengan, sebuah rumah, sebuah buku Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW.

No comments:

Post a Comment