Monday, January 24, 2011

Menziarahi Kekasih Allah Di Hadhramaut, Yaman

Menziarahi Kekasih Allah Di Hadhramaut, Yaman
Penulis: Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al Linggi
Terbitan: Mawleed Publishing
Harga: RM25.00

Buku ini sebagai panduan ilmu bagi sesiapa yang ingin menziarahi Kekasih Allah.

Ibnu Hibban meriwayatkan dalam Sohihnya, bahawa Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Rasulullah SAW berada di Madinah, tiba-tiba Baginda SAW bersabda, “Allahu Akhbar! Telah tiba pertolongan Allah, telah tiba kemenangan, dan telah tiba penduduk Yaman. Hati mereka bersih dan watak mereka lembut. Iman ada di Yaman, fiqh ada di Yaman, dan hikmah ada di Yaman”.

Ulama’-ulama’ dan para kekasih Allah yang terdapat di Hadhramaut, Yaman amat masyhur, terkenal dan ribuan ramainya. Kebanyakannya, jalur nasab mereka berasal dari keturunan Rasulullah SAW yang suci bersih. Seruan dakwah mereka yang tidak pernah putus ini bertebaran sehingga sampai ke segenap penjuru negeri dan di seluruh pelusuk dunia.

Antara ulama’-ulama’ yang sering diziarahi di Hadhramaut ini adalah Imam Ahmad al Muhajir ibn Isa, Imam al Faqih al Muqaddam Muhammad Ali , Habib Abdullah ibn ‘Alawi al Haddad Syeikh Sayyid Abdur Rahman al Saqqaf, Habib Ali al Habsyi dan serta keturunan mereka.

No comments:

Post a Comment