Sunday, January 30, 2011

Gerakan Freemason Sedunia

Gerakan Freemason Sedunia
Penulis: Harun Yahya
Harga: RM25.00

Buku ini memuatkan pendedahan tentang pergerakan Freemason, dan falsafah di sebalik persatuan rahsianya yang penuh berahsia daripada pandangan seorang sarjana Islam.


Pada mulanya, buku ini semacam sebuah lagi buku dakwah, dengan retoriknya yang panjang-panjang membidas Freemason, Yahudi, Kurafat dan Munafiq. Tetapi semua ini berubah pada dua bab akhir buku ini, memaparkan dengan terang-terang (walaupun para skeptik akan masih mempersoalkannya) apakah roh sebenar persatuan ini, apa yang mereka mahu ubah, dan bagaimana mereka mahu melakukannya.

Beberapa perkara dalam buku ini menarik, malah memaparkan bagaimana dengan senyap, pihak Freemason ini berjaya menumpaskan satu per satu negara supaya ‘tunduk’ di bawah falsafahnya. Paling menarik adalah bagaimana Harun Yahya mengaitkan teori Humanisme dengan ajaran aqidah ahli sihir Mesir dan Kabbalah, dan bagaimana ajaran ini disalurkan secara ‘senyap’ dalam pengajaran Darwinisme. Seakan-akan memang, kesemua ‘ajaran sains moden’ ini satu konspirasi yang terancang dan sangat cerdik.

Sebuah buku yang menarik, walaupun tetap didaktik pengolahannya.

1 comment: