Friday, June 24, 2011

Adab-Adab Bersama Al-Quran


Adab-Adab Bersama Al-Quran
Penulis: Imam Nawawi
Penterjemah: Ustaz Hj. Anwar Fakhri Bin Hj. Omar
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM12.50

Buku ini merupakan buku yang penting untuk menjadi tatapan kaum muslimin dan muslimat. Ini memandangkan Al-Quran merupakan perlembagaan hidup setiap muslim. Segala tindak tanduk dan perjalanan hidup kita semestinya berlandaskan kepada tuntutan Al-Quran. Tidakkah Aisyah pernah menyatakan bahawa akhlak Rasulullah S.A.W. adalah Al-Quran? Tidakkah Al-Quran diturunkan oleh Allah untuk menyusun kehidupan manusia dan alam ini supaya semuanya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat? Tidakkah Al-Quran merupakan rujukan utama dan sumber perundangan Islam yang tidak boleh ditukar ganti? Tidakkah... Tidakkah...?

Untuk semua itu, Al-Quran mempunyai kedudukan tertinggi di dalam Islam. Penganutnya dituntut supaya membacanya setiap masa dan paling kurang mengkhatamkaannya sebulan sekali. Ada di kalangan salaf megkhatamkannya setiap minggu dan ada yang setiap tiga hari. Ada yang lebih singkat daripada itu. Al-Quran mengambil tempat yang paling istimewa di dalam diri mereka. Mereka membaca dengan tartil dan menjaga adab-adabnya. Ia menjadi panduan berguna dan rujukan utama dalam menjalani kehidupan di dunia. Dengan itu Al-Quran menjadi makanan rohani dan bekalan dalam merempuh kehidupan di dunia dan menempuh kebahagiaan hidup di akhirat.

No comments:

Post a Comment