Monday, June 13, 2011

Kaedah Jibril: Teknik Mudah dan Praktikal Menghafaz al-Quran

Kaedah Jibril: Teknik Mudah dan Praktikal Menghafaz al-Quran
Penulis: Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
Terbitan: PTS
Harga: RM12.00

Menghafal al-Quran menjadi impian setiap individu Muslim. Ternyata banyak kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang mendalami al-Quran sebagaimana yang diterangkan dalam banyak hadis Rasulullah. Tidak kira berapa usia anda ketika mula menghafalnya, sama ada tua atau muda, sejarah membuktikan, Rasulullah mula menghafal al-Quran pada saat pertama menerima wahyu dan diangkat menjadi rasul iaitu pada usia 40 tahun. Dengan segala kemahuan yang ada, berbekalkan semangat yang jitu, 30 juzuk al-Quran tidak lagi mustahil untuk dihafal.

Kaedah Jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun. Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan.

Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami langkah-langkah menghafal setiap ayat al-Quran secara praktikal. Membaca buku ini mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang usia!

No comments:

Post a Comment