Wednesday, June 29, 2011

Bercinta Kerana Allah

Bercinta Kerana Allah
Penulis: Misbah Em Majidy
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Sesungguhnya amat besar pernanan cinta yang Allah hadirkan di dalam diri kita. Ia bukan sekadar membuai perasaan, bukan sekadar membolehkan kita merasai nikmat duniawi semata-mata, malah ia lebih daripada itu. Cinta adalah satu anugerah yang menjadi pintu bagi kita menggapai kebahagiaan hakiki di akhirat, pintu rahmat yang membolehkan kita mengecap reda dan cinta-Nya. Justeru, selayaknya kita memaknakan cinta itu sebaik-baiknya.

Pernahkah terlintas di fikiran kita, sedalam mana cinta kita kepada Allah Sang Pencipta? Ikhlaslah kita mencintai-Nya? Adakah Dia juga membalas cinta kita? Sedalam mana cinta-Nya kepada kita? Mari kita renung jauh ke dalam diri, ke lubuk hati. Benarkah kita mencintai-Nya?

Tugu cinta yang dibina hanya kerana Allah yang membantu kita menggapai reda-Nya. Andai kita mampu merealisasikannya semasa hidup didunia, maka kita adalah manusia beruntung dan bakal meneguk nikmat yang tiada ternilai harganya di akhirat kelak. Namun, andai nafsu dunia dibiarkan menjadi raja, maka cinta yang tidak dipandu cahaya hanya sia-sia. Kerana cinta kita itu tiada nilainya walaupun sedikit pun di sisi Allah.

Marilah tuluskan cinta kita hanya kerana Dia. Naskhah ini menitipkan bait-bait indah agar cinta kita hanya ditujukan kepada-Nya. Tataplah setiap perkataan, semaklah setiap helaian dan carilah kecintaan yang hakiki demi kebahgiaan abadi di sana nanti.

No comments:

Post a Comment