Saturday, June 11, 2011

Mengenali Rasulullah SAW

Mengenali Rasulullah SAW
Penulis: Ustaz Johari Yaman
Terbitan: Nadi Minda Resources
Harga: RM75.00

Sesungguhnya biografi Rasulullah saw merupakan satu-satunya sumber terkuat dalam bicara keteguhan iman dan semangat keagamaan yang sehingga kini masih diperlukan oleh umat Islam sebagai bahan asas dan terpenting dalam penyebaran Islam untuk menghidupkan obor keimanan agar tidak mudah terpadam oleh amukan kebendaan.

Buku ini merupakan sebuah buku yang istimewa khusus buat semua umat Islam masa kini. Ini kerana dalam buku ini dikupas dengan terperinci sejarah kehidupan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw bermula daripada kelahiran Baginda sehingga tahun kewafatan Baginda.

Keistimewaan Buku Ini:

- Setiap peristiwa yang diceritakan di dalam buku ini adalah mengikut susunan tahun-tahun hijrah di mana pembaca boleh mengetahui secara terperinci semua peristiwa besar yang berlaku dalam Islam contohnya seperti Sejarah Permulaan Azan, Sejarah Permulaan Puasa, Sejarah Permulaan Zakat dan sebagainya lagi.
- Turut dimasukkan juga bab berkaitan dengan Sifat-Sifat Dan Keperibadian Nabi Saw yang boleh kita jadikan sebagai contoh dan roll-model buat setiap umat Islam masa kini.
- Terdapat juga bab yang berkaitan dengan Zikir-Zikir Dan Doa-Doa yang biasa diamalkan oleh Rasulullah saw dalam kehidupan baginda seharian.

4 comments:

  1. adakah boleh saya membeli buku jika saya mengposkan duit itu ke alamat syarikat tuan?

    ReplyDelete
  2. Bolehkan tuan hadiahkan buku ini percuma kepada saya?saya baru sahaja tingkatan 3 dan memang saya ini jahil tentang Nabi Muhammad SAW jadi saya ada terbaca bahawa buku ini sangat bagus/baik.saya tidak dapat membelinya kerana ada beberapa masalah peribadi.Jadi saya minta jasa baik tuan untuk menghadiahkan senaskah buku ini kepada saya.saya sangat inginkan buku ini.saya rasa saya tidak boleh ke pejabat pos kerana rumah saya agak jauh dari pejabat pos

    ReplyDelete
  3. jika tuan mahukan alamat saya tuan boleh email kepada saya di adhazmi03@gmail.com

    ReplyDelete