Tuesday, June 28, 2011

Sepuluh Tokoh Musyrik dalam Al-Quran

Sepuluh Tokoh Musyrik dalam Al-Quran
Penulis: Harun Arrasyid Hj Tuskan | Abu Azka Al-Madani
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM25.00

Memaparkan sejarah hidup 10 orang yang terkenal dalam kalangan musyrik yang kisah mereka ada terselit dalam Al-Quran. Mengapa Allah selitkan kisah mereka dalam Al-Quran? Allah menurunkan wahyu tersebut untuk mendedahkan identiti dan hati budi mereka. Mereka tokoh yang licik dalam tipu daya dan pandai berpura-pura serta bermuka-muka. Justeru, Allah singkap segala rahsia isi hati mereka.

Ada antara mereka yang menjadi pemuka kaum munafik yang hanya berpura-pura Islam, sedangkan jiwa dan raga mereka amat benci dengan Islam dan Rasulullah S.A.W. Ada pula antara mereka menjadi orang hadapan dalam konspirasi penentangan, penyeksaan dan pemualauan kaum Muslim. Ada juga yang asalnya Islam tetapi apabila telah dilimpahi nikmat kekayaan menjadi kufur dan menyanggah syariat serta perintah Rasul.

Manakala ada juga tokoh yang dihormati dalam kalangan musyrik lantaran kebaikan dan khidmat baktinya kepada Baitullah. Walaupun tidak memeluk Islam namun beliau merupakan antara orang yang cukup berjasa dalam hidup Rasulullah S.A.W. Beliau bukan sahaja pernah memelihara Nabi malah tetap menjadi pelindung Baginda daripada sebarang tindakan kaum kafir Quraisy.

Allah mewahyukan secebis ayat sebagai contoh, iktibar dan kutukan untuk renungan umat Islam. Watak dan sikap yang Allah gambarkan mewakili individu musyrik itu tetap wujud sepanjang zaman. Baik pada zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat, tabiin, salafussoleh hinggalah ke akhir zaman. Justeru, kisah yang dipaparkan ini memandu kita untuk mengenali mereka agar sentiasa berwaspada dengan segala tindak-tanduk, karenah dan tipu daya mereka.

No comments:

Post a Comment